Nana imbau kenangan awal jadi artis, penah kena baling telur gara-gara satu benda ni je
PENYANYI Siti Nordiana memberitahu dia pernah dilemparkan telur oleh peminat sewaktu membuat persembahan nyanyian di awal karier seninya dahulu.
Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana berkata, insiden itu berlaku kerana
Peminat tidak suka apabila dia digosipkan menjalinkan hubungan cinta dengan Tomok pada ketika itu.
“Waktu tu Nana berusia 17 tahun… saya baru jadi penyanyi dan pernah dilemparkan telur oleh peminat kerana mereka tak suka saya digosipkan bercinta dengan Tomok.
“Habis kotor kain Nana dan pihak penganjur terpaksa minta saya turun daripada pentas serta hentikan persembahan.
“Memang terkejut masa kena tu sebab saya pun masih muda dan baru lagi dalam industri… tapi apa pun banyak saya pelajari daripada kejadian tersebut.
“Alhamdulilah sekarang ni tak ada peminat yang macam tu,” kata Nana
BACA: Kenal di kilang, wanita kongsi kisah nikah lelaki Bangladesh, majlis di kampung suami meriah