Nama orang upah untuk badal haji bersepah di tanah haram, semua kena game dengan scammer

Tular di laman sosial sekumpulan individu yang sedang bergambar di Jabal Rahmah.

Apa yang menghairankan, kumpulan ini mengambil gambar berserta kertas yang mengandungi nama badal haji.

Difahamkan mereka tidak menunaikan haji seperti yang diamanahkan kerana hanya mengambil gambar sahaja.

Pemilik laman facebook, Kashful Azim Shaharudin dipercayai melihat sendiri situasi itu ketika melakukan badal haji.

Beliau juga mendakwa banyak kertas berterbangan di lantai dengan nama nama badal yang tertulis di atasnya.

Nama orang upah untuk badal haji bersepah di tanah haram, semua kena game dengan scammer

Sindiket ini juga mengupah orang ramai untuk mengambil gambar dengan berlainan nama badal.

Malah, pemilik facebook juga sempat berkongsi satu babak dimana para pelakon ini dibayar setelah selesai bekerja.

Beliau juga mengingatkan orang ramai supaya jangan tertipu dengan servis badal haji yang jauh lebih murah dari haji yang sebenar kerana itu adalah salah satu daripada trick terbesar scammer.

BACA: Isteri sanggup hantar mak ayah ke rumah orang tua, alasannya buat aku terkejut”