Nak tiru gaya kartun, budak lelaki 4 tahun lompat dari tingkat 26 sambil pegang payung

Seorang kanak-kanak lelaki di Hunan, China dilapor terjun dari kediamannya di tingkat 26,

sambil memegang sekaki payung dipercayai mahu meniru gaya kartun yang ditonton di televisyen.

Lapor Mothership, semasa kejadian berlaku, ibu kanak-kanak itu bekerja di bandar lain, manakala bapanya sering ke luar negara atas urusan kerja.

Walau bagaimanapun, nenek yang merupakan penjaga utama kanak-kanak lelaki itu tidak berada di rumah kerana keluar untuk menjemput kakak mangsa ketika kejadian.

Menurut laporan, budak lelaki tersebut mendapat inspirasi untuk melakukan aksi sedemikian selepas menonton kartun popular kanak-kanak, Tom and Jerry.

Nak tiru gaya kartun, budak lelaki 4 tahun lompat dari tingkat 26 sambil pegang payung

Dia mula membayangkan akan dapat melakukan pendaratan dengan selamat di atas tanah jika dia memegang payung, yang dijadikan sebagai payung terjun.

Tanpa berfikir panjang, dia melakukan aksi itu sambil memegang payung dari tingkat 26 di rumahnya.

Dia dilaporkan melompat keluar dari tingkap yang menghadap ke balkoni, di mana tempat itu tidak dipasang kamera anti kecurian kerana unit itu berada pada tahap tinggi.

Nasib menyebelahinya apabila dia terjatuh di atas pokok yang besar sekali gus mengurangkan daya hentakan dan kecederaan.

Pun begitu, kanak-kanak tersebut mengalami kecederaan patah tangan dan beberapa tulang di bahagian badan yang lain ketika melakukan pendaratan.

Kanak-kanak lelaki itu terselamat daripada insiden tersebut dan kini berada di hospital tempatan untuk rawatan.

BACA: Isteri cemburu hubungan aku degan ibu, tergamak dia letak ubat guna – guna dalam makanan aku utk lupakan ibu