Nak muntah makan shushi keli pertama, gelagat lelaki ini jadi ejekan

Walaupun sushi sudah dikenali di serata dunia dan dijual dengan pelbagai variasi baru, tidak semua orang boleh menerima rasa asli makanan yang berasal dari negara Jepun ini. Kebanyakan peniaga bijak mengolahnya untuk disesuaikan dengan citarasa masyarakat tempatan di negara mereka.

Namun secara asasnya, ia diperbuat daripada 3 bahan utama iaitu nasi putih, cuka serta makanan laut mentah atau yang sudah dipanggang.

Memang sebetulnya makan pecel lele je…Abang sebelah siap hulur tisu

Nak muntah makan shushi keli pertama, gelagat lelaki ini jadi ejekan

Dalam sebuah video yang tular ini pula, seorang gadis bernama Putri berkongsikan detik-detik lucu ketika dia dan teman lelakinya bersepakat untuk makan di sebuah restoran sushi autentik. Salah satu hidangan yang dipesan oleh mereka adalah sashimi hirisan ikan salmon mentah tanpa nasi.

Sushi date bertukar lawak….Merana habiskan suapan pertama

Siapa menduga, pengalaman kali pertama mencuba sushi tidak berjalan lancar untuk pemuda tersebut. Daripada suapan pertama, dia nampak sukar untuk menelan habis makanan itu sehingga terbelahak sedikit. Bukan sahaja sashimi, malahan dia juga tidak boleh menerima rasa menu mi yang disuapkan oleh teman wanitanya.

@putriiidesti Emang pling bener mkn pecel lele 😭@Mee&lt3 @🦋 #fyp #fypdongggggggg #mukbang #bestie ♬ suara asli – Putri destii

Awalnya aku pun tak selera, tapi lama-lama selera sangat

Menjengah ke ruangan, ramai yang terhibur dengan rakaman berkenaan namun mengakui keenakan rasa sushi. Sejak dikongsikan, perkongsian milik Putri sudah meraih lebih 2 juta tontonan daripada netizen.

Baca juga:Kerajaan hanya akan bayar pencen kepada kakitangan awam ‘misteri’