Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini membuka permohonan secara dalam talian kepada mana-mana pegawai
Mereka yang berminat untuk menyertai pasukan perubatan Malaysia ke Gaza.
Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, menyatakan bahawa permohonan ini adalah secara sukarelawan,.
Dan mereka yang terpilih akan menerima latihan serta persediaan yang bersesuaian.
“Dari segi pasukan, insya-Allah, kita bersedia dan akan melatih mereka. Latihan ini melibatkan aspek fizikal, mental, dan emosi kerana berdepan dengan keadaan peperangan adalah sesuatu yang sangat menekan.”
Pada Isnin yang lepas, KKM mengumumkan bahawa mereka sudah bersedia dan mengenal pasti pasukan perubatan yang boleh dihantar ke Semenanjung Gaza sebaik sahaja mendapat kebenaran.
Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas, pihak berkuasa di Gaza, dan rejim Israel sejak 7 Oktober lepas telah menyebabkan kehilangan belasan ribu nyawa.
BACA: “Anak-anak aku ditinggalkan berjam-jam dalam kereta, rupanya bekas isteri nak jumpa jantan lain”