Sesetengah penduduk dikatakan sanggup membelanjakan berpuluh-puluh ribu dolar untuk membeli seekor kambing biri-biri Ladoum
walaupun kira-kira 40 peratus penduduknya hidup dengan pendapatan AS$1.90 (RM8.47) sehari.
Itulah yang berlaku di negara Afrika Barat dengan sebilangan keluarga kaya dan penternak membelanjakan wang yang banyak untuk membelinya.
Kambing biri-biri baka Ladoum yang digelar sebagai ‘raja biri-biri’ di Senegal dianggap sebagai tanda prestij dan simbol
status bagi penduduk negara Afrika itu dengan harga seekor dilaporkan boleh melebihi AS$85,000 (RM378,845), lapor laman berita Oddity Central kelmarin.
Kualiti fizikal spesies tersebut tidak dapat dinafikan dengan saiz yang boleh mencapai ketinggian 1.2 meter pada bahu dan seberat 175 kilogram.
Ia turut mempunyai bulu licin dengan tanduk bengkok yang panjang manakala dagingnya dikatakan amat lazat.
Sebilangan besar rakyat Senegal menganggap haiwan itu sebagai cantik dan megah.
Mereka bahkan turut menonton pertandingan ‘ratu cantik’ biri-biri Ladoum di kaca televisyen selain mengikuti penternak popular di media sosial hanya untuk mengagumi haiwan tersebut.
BACA: Van Dijk rasa curiga dengan pengadil selepas tewas dengan England