‘Nak atuk baru’, cucu sakat nenek minta atuk baru sekali respon nenek buat ramai ketawa

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok mirakenzu21, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.

Dalam video klip ini menunjukkan di mana seorang wanita yang merupakan cucu kepada nenek ini, mengusik neneknya untuk berkahwin lagi. Dikatakan beliau inginkan atuk baharu, namun respon neneknya ini pula membuatkan orang ramai terhibur melihat telatahnya yang secara spontan dan selamba.

Video klip ini juga telah tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

'Nak atuk baru', cucu sakat nenek minta atuk baru sekali respon nenek buat ramai ketawa

Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan reaksi neneknya selepas diusik untuk berkahwin lagi membuatkan orang ramai terhibur melihat telatahnya yang secara spontan. Ada juga yang mengatakan berasa rindu pada nenek mereka apabila melihat reaksinya sambil bergelak-tawa bersama keluarga. Netizen juga mendoakan semoga neneknya ini diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan.

Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 568.5K penonton, 13.2K sukaan dan 1667 komen.

Lihat klip durasi pendek respon nenek ini:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat apa juga kata orang ramai:

@ibu ida: Golilah hati dg uwan ni kahkahkah dicolek eh “diusik eh tuuuu”sakit porut golakkan uwan ni minta maaf yo wan

@aniqasyraf79: comel lah wan ni…suka..tgk..bgs..
masih baik fikiran yer.blh berfikir dgn baik walaupun dh umur 102

@suzysam78: cucu pun lah hai……osah nak ado atok baru. cinta hati wan tu koka slm hati, till jannah.

@suhaila: assalamulaikum sahabat selamat mlm alhamdulliah allah masih berikan kesihatan yng baik terhibur rasanya terbaiklah wan cara ckp pun seronok mendengar

@azreensalim927: terhibur tengok wan, semoga diberi kesihatn selalu..disamping anak cucu..

@Akma Rina Shop: Cam arwah nenek aq mmg xde lah nk kawin lepas tok ayoh aq meninggal.. Alhamdulillah sihat lagi wan dye

@ashiqin: teringat wan kita, semoga wan tenang disana dan ditempat kan besama para solehah

BACA JUGA :

Berang anak usia 33 tahun asyik minta duit, bapa nekad potong telinga anak

Lagi ahli parlimen dari PN sokong kepimpinan Anwar, ‘semakin tak cukup jumelohh la’ kata netizen