Najib masuk hospital, sumber kata pendarahan usus

Najib masuk hospital, sumber kata pendarahan usus

Najib masuk hospital, sumber kata pendarahan usus. Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang menjalani hukuman penjara selama 12 tahun kerana perbuatan rasuah dilaporkan dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Menurut laporan sebuah portal berita yang memetik sumber, Najib yang sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang dimasukkan ke HKL pagi tadi kerana masalah kesihatan.

“Setakat ini belum diketahui adakah beliau (Najib) akan terus menerima rawatan di HKL atau balik ke penjara.

Najib masuk hospital, sumber kata pendarahan usus

“Sumber terdekat Najib pula memaklumkan beliau mengalami pendarahan pada usus,” lapor portal berita berkenaan.

Mahkamah Persekutuan baru-baru ini mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta ke atas Najib.

Bekas Perdana Menteri itu didapati bersalah pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).

BACA:

Elak bertembung dengan lori, ‘king’ bergerak guna dua tayar

Najib masih Ahli Parlimen Pekan – Speaker Dewan Rakyat

Anak Rosmah setuju dengan keputusan mahkamah, minta orang ramai hormat