Najib masih Ahli Parlimen Pekan – Speaker Dewan Rakyat

Najib masih Ahli Parlimen Pekan - Speaker Dewan Rakyat

Najib masih Ahli Parlimen Pekan – Speaker Dewan Rakyat. Status bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Ahli Parlimen Pekan masih kekal setakat hari ini.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun berkata, petisyen pengampunan telah difailkan Najib mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan pada 2 September lalu, iaitu dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan Mahkamah Persekutuan.

Justeru beliau menjelaskan, kuat kuasa kehilangan kelayakan Najib sebagai ahli Parlimen hanya akan bermula sebaik sahaja petisyen pengampunan itu selesai.

Najib masih Ahli Parlimen Pekan - Speaker Dewan Rakyat

“Ini bermakna status Yang Berhormat Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Ahli Parlimen Pekan pada masa ini tidak berubah dan akan hanya dimuktamadkan apabila petisyen pengampunan itu dibereskan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

AKAN MENYUSUL

BACA:

Influencer terkejut terima hadiah Lamborghini Huracan

Ramai tegur tema kartun majlis birthday anak Wawa, Aeril

Percutian mewah undang kesangsian ramai, ini penjelasan Hairul Azreen