Nadia Brian luah rasa hati terhadap Mamat

Nadia Brian luah rasa hati terhadap Mamat. Mula digelar dengan panggilan Ayang, pelakon jelita, Nadia Brian, 30, tidak menolak jejaka popular di Tiktok yang dikenali dengan nama mamatgotnochill atau nama sebenarnya Firdaus Nahar adalah seorang lelaki yang sweet.

Bagaimanapun, hubungannya dengan Firdaus atau Mamat cuma sekadar kawan dan tidak lebih daripada itu.

“Ya, saya tahu tentang panggilan Ayang yang dia sengaja letak di Instagram Storynya (IGS) semalam. Saya dengan dia tak ada apa-apalah! Saja main-main dan semalam, memang kami ada bertemu di set penggambaran untuk menjayakan sebuah bahan kandungan klien.

“Jadi, dia pun muat naik gambar kami bersama di IGS. Masa itu, memang kami tengah buat projek penggambaran sama-sama. Klien pun suka tengok kami berdua jadi disatukan di set penggambaran itu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Selain itu, kata Nadia, dia sedar ramai peminat dan pengikut suka dengan keserasian tercipta antara mereka sejak Firdaus mula ‘menyakat’ dan bergurau menggunakan videonya di aplikasi Tiktok.

Nadia Brian luah rasa hati terhadap Mamat

Jelas Nadia, dia secara peribadi senang dengan cara Firdaus yang disifatkannya pandai berjenaka dan berbakat.

“Agaknya orang tengok kami nampak serasi itu sebab dua-dua jenis selamba kot. Dia pun suka buat lawak spontan dan kelakar. Tapi saya tak nafi, dia ada sisi sweet dia itu.

“Bagi saya, dia ini berbakat dan saya harap dia boleh kembangkan lagi bakat dia dengan idea dan kreativitinya yang tersendiri. Bagi saya, lawak dia itu real dan ikhlas. Itu yang membuatkan orang suka tengok dia di Tiktok.

“Maksudnya orang boleh terima lawak dia dan saya tengok, lawak dia pun tak adalah melampau. Apa yang penting, orang terhibur. Itu sudah cukup,”katanya.

Dalam pada itu, ditanya sama ada dia tahu Firdaus sudah mempunyai teman wanita, Nadia bagaimanapun mengaku tidak pasti.

Sebelum ini, Firdaus tular dalam media sosial kerana sering tampil dengan video menegur dan memperbetul kesalahan pengguna Tiktok dan mengundang tawa ramai pengikutnya.

Antara ‘mangsa’ teguran video Tiktok Firdaus adalah Nadia dan kemudiannya semakin mendapat tempat di hati peminat yang gemar menonton video mereka bersama. – UTUSAN

BACA:

Kekasih Syafi Tee LGBT? Siap letak bendera pelangi di profil

Scammer semakin berani, guna nama Ketua Polis Terengganu pula

Ingatkan wanita rupanya pondan, netizen bongkar kekasih Syafi Tee