Nad Zainal akui ada ‘babak panas’ dalam drama terbaru lakonannya

Nad Zainal akui ada ‘babak panas’ dalam drama terbaru lakonannya. Seakan menjadi satu formula utama pula bagi seorang pengarah drama untuk memasukkan babak panas dalam penceritaan mereka sekarang ni. Selepas Zul Ariffin dan Erry Putra, sekarang muncul pula isu tentang pelakon wanita, Nad Zainal.

Ini apabila Nad meluahkan rasa leganya apabila babak panas yang dilakonnya dalam drama Dendam Seorang Isteri ditayangkan sebelum mula puasa.

Sedar watak dipegang menjadi bahan kecaman…

Nad Zainal akui ada 'babak panas' dalam drama terbaru lakonannya

Dalam drama ini Nad memegang watak antagonis yang dikenali sebagai Kirana. Oleh itu, sudah pasti penonton akan berasa benci dengan watak ini.

Saya sedar watak saya ini akan menjadi bahan kecama tetapi keterujaan saya untuk berlakon dalam drama ini melebihi daripada perasaan takut dengan pandangan orang itu.

Bagaimanapun, bila fikir Ramadan hendak menjelang tiba ini sedikit sebanyak kerisauan itu mesti lah ada. Saya lega kerana kebetulan babak yang ada scandalous dan panas itu bakan berakhir sebelum Ramadan iaitu sehingga episod 7 sahaja. – Jelasnya.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Wan Raja II (@wanraja)

Drama ini sebenarnya diadaptasi daripada siri popular, Temptation Of Wife dan ia mendapat sambutan tontonan yang baik dari penonton.

Boleh dikatakan setiap episod ada babak bergaduh. Penat tu semestinya tetapi saya seronok kerana kita bersama pelakon yang boleh dianggap sebagai kawan.

Malah setiap hari kami siap berbincang nak tarik rambut macam mana dalam babak tu supaya drama itu lebih menarik. – Kata Nad.

Ini respon Nad tentang apa yang dilalui Zul Ariffin sekarang…

Nad turut sedar tentang kontroversi aksi panas yang menjadi viral sekarang ni. Nad bagaimanapun berpendapat situasi seperti itu berlaku mungkin disebabkan terlepas pandang dan keturajaan untuk berkongsi bahan promosi yang dibekalkan pihak produksi. Apapun, perkara itu perlu dijadikan iktibar kepada rakan-rakan dalam industri supaya lebih berhati-hati.

BACA:

Aedy Asyraf melutut lamar Amelia Henderson, sekali ini yang jadi..

Gaji RM72 Juta setahun walaupun rugi berbillion, CEO Sapura Energy dikecam netizen

Aksi porno pelakon dalam drama terbaru Erma Fatima dikecam netizen