MYTV gantung siaran Awesome TV,ini sebabnya ramai tak tahu

Stesen televisyen swasta Awesome TV digantung penyiaran oleh MYTV Broadcasting Sdn Bhd (MYTV) berkuatkuasa 2 November ini disebabkan isu pembayaran fi akses.

Menerusi sebuah kenyataan media, MYTV memaklumkan pelbagai usaha telah dilakukan kedua-dua pihak namun tidak bertemu jalan penyelesaian.

Stesen Awesome TV digantung di MYTV.

MYTV gantung siaran Awesome TV rupanya ini sebabnya ramai tak tahu

“Keputusan penggantungan berkuat kuasa 2 November 2023 dicapai disebabkan isu komersial berterusan di antara MYTV dan Awesome TV walaupun pelbagai usaha dilakukan di antara kedua-dua pihak untuk menyelesaikannya.

“Penggantungan Awesome TV ini amat dikesali dan kami dengan ikhlas memohon maaf kepada semua penonton,” katanya.

Dalam pada itu, MYTV memberitahu pihaknya akan terus menyajikan program-program terbaik untuk penonton, dalam masa yang sama berusaha mencari jalan penyelesaian untuk kedua-dua pihak.

“Kami menghargai sokongan penonton ketika ini dan memberi jaminan sedang berusaha mencari jalan penyelesaian untuk semua pihak,” ujarnya.

Pada Februari lalu, Awesome TV dipanggil ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana menerbitkan kandungan berita melanggar undang-undang.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil memaklumkan saluran televisyen itu didapati menerbitkan kandungan berita yang melanggar peraturan sebanyak enam kali termasuk fitnah terhadap kerajaaan hari ini.

BACA: Caprice tuduh Michael Ang sokong Israel , ini respon padu tuan badan