Kebiasaannya, bahan biasa yang dipamerkan di muzium adalah seperti hasil karya berbentuk lukisan dan arca, replika artifak dan relik bersejarah dan sebagainya.
Dalam konteks moden pula, beberapa muzium dibina bagi menunjukkan pameran berkaitan budaya popular tertentu seperti K-Pop, anime dan lain-lain lagi.
Namun, tiada sesiapa yang terfikir untuk menjadikan tahi sebagai satu konsep bagi sebuah muzium. Akan tetapi, ada juga yang berjaya merealisasikan idea aneh ini di Jepun.
Muzium tahi di Jepun
Poop Museum atau Unko Museum merupakan satu muzium yang menampilkan ‘tahi’ sebagai konsep pameran mereka. Perkataan ‘unko’ (うんこ) itu sendiri bermaksud tahi dalam bahasa Jepun.
Muzium ini merupakan salah satu tarikan di Odaiba, daerah hiburan dan pusat membeli belah di Tokyo, Jepun yang sinonim dengan tugu Gundam yang gah.
Tiada najis sebenar dipamerkan dalam Unko Museum, hanya tahi ‘kawaii’ sahaja yang dipamerkan
Mesti anda bayangkan tempat ini dihujani lalat-lalat serta bau-bauan yang tidak menyenangkan. Jangan risau, tiada najis sebenar dijadikan sebagai bahan pameran sebenar.
Sebaliknya, tema Unko Museum adalah untuk mengangkat unsur kecomelan ataupun ‘kawaii’ dalam bentuk emoji najis, berdasarkan kenyataan dalam laman web rasmi muzium tersebut.
“Berkenaan dengan subjek ‘unko’ ataupun najis, Unko Museum merupakan fasiliti hiburan yang berorientasikan najis.
“Tempat ini bakal menawarkan pengalaman yang sukar dilupakan dan akan menghilangkan rasa prejudis anda (terhadap bentuk najis),” kata laman web itu.
Menurut Donny Kimball dalam Medium, anda akan dibenarkan untuk berlegar-legar secara bebas di kawasan muzium.
Dalam muzium itu, terdapat pelbagai beberapa foto lucu yang menampilkan seni berbentuk emoji tahi.
Tambahan pula, terdapat beberapa permainan yang bertemakan tahi, Kata Kimball, terdapat stesen permainan yang menguji kecekapan mental anda dengan menangkap ‘tahi-tahi’ yang berjatuhan.
Selain memiliki visual yang mengagumkan, muzium ini turut memiliki beberapa bahagian yang perlu dikunjungi.
Kredit: Japan Travel
Antara ruangan yang disarankan Kimball adalah Unko Shout. Di sini, anda berpeluang untuk menjerit “Unkooooo!” sekuat hati pada mikrofon.
“Sejujurnya, anda lebih sukar untuk mencari cara bagi melepaskan diri anda daripada apa-apa situasi teruk yang dialami berbanding dengan menjerit perkataan ‘tahi’ sekuat boleh,” kata Kimball.
Berdasarkan laman web Japan Travel, Unko Museum memiliki enam seksyen iaitu UnStagenic, UnTeractive, UnTelligence, Poop Factory, Crappy Arcade dan Unberto’s Room.
Untuk melawati lokasi unik ini, anda hanya perlu berjalan kaki selama lima minit sahaja dari stesen berdekatan.
“Ada di antara anda tertanya bagaimana tahi pun boleh jadi KAWAII? ‘Apa yang awak maksudkan?’ Jika anda datang dan melawat UNKO MUSEUM TOKYO, anda akan memahaminya dengan sekelip mata.”
“Sila nikmati dunia MAX UNKO KAWAII dengan melihat, menyentuh, mengambil foto, dan bermain dengan tahi.” tulis dalam laman web rasmi muzium itu.
BACA: Ruhainies dah tak tahan kena fitnah, “dunia dah terlalu tenat”