Model sensasi Alicia Amin selamat bergelar isteri

Model sensasi, Alicia Amin selamat bergelar isteri kepada seorang doktor yang dikenali dengan nama Farzan dalam satu majlis ringkas di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara sebentar tadi.

Alicia atau nama sebenarnya, Raja Alicia Raja Amin, 26, berkongsi berita menggembirakan itu melalui satu hantaran status dalam Instagram sebentar tadi.

“Hard Valentines gift to top @zan_far (hadiah hari kekasih buat @zan_far),” kongsi Alicia yang merupakan bekas peserta program realiti, Asia’s Next Top Model musim kelima.

Dalam perkongsian tersebut, turut dikongsikan sekeping gambar istimewa dahinya dikucup oleh suaminya yang lengkap berbusana pengantin berona putih krim itu.

Alicia kelihatan ayu mengenakan busana pengantin berona krim.

Berita mengenai pernikahan tersebut turut dikongsikan jurumekap ternama tanah air, Khir Khalid menerusi satu hantaran foto dalam Instagram miliknya.

“Raja Alicia Amin nikah,” tulisnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan pengikutnya mengambil kesempatan mengucapkan tahniah dan selamat menjalani kehidupan sebagai pasangan suami isteri.

Antara rakan artis yang menitipkan ucapan termasuk Alvin Chong, Zahirah MacWilson, Diana Danielle, Elizabeth Tan, Jasmine Suraya, Nadia Brian, Tiz Zaqyah, Ain Edruce, Nabila Razali dan Mona Allen

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2021/02/14/model-seksi-alicia-amin-selamat-bergelar-isteri/

COMMENTS

Wordpress (0)