MKT UMNO setuju Saarani calon MB Perak

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini sebulat suara bersetuju Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad diangkat sebagai calon Menteri Besar Perak yang baharu.

Perkara itu dimaklumkan Datuk Seri Zahidi Zainul Abidin yang juga Ahli MKT UMNO.

“Semua sama (agenda mesyuarat) tidak ada apa…

“Datuk Saarani? (Calon MB). Ya sebulat suara (bersetuju),” katanya ketika ditanya mengenai keputusan mesyuarat berkaitan Saarani akan menjadi calon Menteri Besar Perak yang baharu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Khas MKT di Menara Onn, di sini pada Isnin malam.

Terdahulu, mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid dijadual menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Istana Kinta di Ipoh, esok berhubung kemelut politik negeri itu.

Jawatan Menteri Besar Perak kini kosong selepas Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu meletak jawatan Sabtu lepas setelah gagal mendapat sokongan mencukupi dalam usul undi percaya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jumaat lepas.

Sumber:https://www.astroawani.com/berita-politik/mesyuarat-mkt-umno-setuju-saarani-calon-mb-perak-272131

COMMENTS

Wordpress (0)