Misteri makhluk melompat-lompat di pantai Port Dickson waktu maghrib akhirnya terungkai

Pemandangan matahari terbenam di pantai memang indah untuk dinikmati. Namun, ketika waktu lewat petang menjelang, ramai yang mendakwa bahawa aktiviti mahluk ghaib meningkat, terutamanya di kawasan pantai.

Sebuah video yang dikongsikan oleh pengguna @4mirulhere memperlihatkan rakaman menggunakan lensa zoom yang menunjukkan pergerakan entiti misteri di perairan. Mahluk tersebut kelihatan seperti berenang dan melompat jauh dari permukaan laut, dan kemudian masuk semula ke dalam air dengan cepat seperti ikan lumba-lumba.

Misteri makhluk melompat-lompat di pantai Port Dickson waktu maghrib akhirnya terungkai

Rakaman tersebut mencetuskan tanda tanya dalam kalangan netizen, yang mengaitkannya dengan mahluk ghaib. Banyak netizen mendakwa bahawa objek yang dilihat oleh pemuda itu adalah sulur bidar, yang sering dilihat di kawasan perairan seperti sungai dan tasik. Sulur bidar juga dikenali sebagai ‘hantu bidai’ di kalangan kaki pancing dan mereka yang tinggal berdekatan kawasan perairan. Ia dikatakan berkeliaran di kawasan berair dan menyerupai tikar yang menggulung dan menangkap mangsa.

Walau bagaimanapun, ada yang menafikan tanggapan tersebut, mengatakan bahawa itu hanyalah aktiviti menarik pukat yang dilakukan oleh masyarakat nelayan. Mereka menunjukkan bahawa terdapat kapal besar di sekitar kawasan tersebut, dan objek yang dilihat adalah hasil daripada pukat yang ditarik turun naik.

@4mirulhere location : port dickson n9 #aneh #makhlukpelik #laut ♬ Suspenseful and tense orchestra(1318015) – SoLaTiDo

Walaupun begitu, tidak ada kepastian mengenai objek yang bergerak di perairan dalam rakaman tersebut, menjadikannya misteri. Dalam tempoh kurang dari 24 jam, video tersebut telah meraih lebih dari 5 juta tontonan di TikTok. Jadi, pada pandangan anda, adakah objek misteri ini berkait dengan mahluk ghaib ataupun aktiviti pukat besar seperti yang diperkatakan oleh sesetengah individu?

Baca juga: “Saya pun malu nak tidur kalau tengok PMX kerja keras macam ni” – Menteri