Mimpi bergurau dengan ular, ada kesan gigitan… Gadis ini dakwa kembar ular emas

Mimpi bergurau dengan ular, ada kesan gigitan... Gadis ini dakwa kembar ular emas

Mimpi bergurau dengan ular, ada kesan gigitan… Gadis ini dakwa kembar ular emas. SEORANG gadis meraih perhatian netizen selepas mendakwa kembarnya merupakan seekor ular berwarna emas.

Kedengaran tidak masuk akal, namun Puteri Syza berkata situasi dianggap aneh itu bukanlah kejadian pertama yang berlaku dalam keturunannya.

Asal-usul kembar

“Okey since ramai tertanya-tanya macam mana kembar tu boleh jadi ular? Macam mana kenal dia apa semua… dulu moyang belah ayah Puteri, dia beranak anak kembar. Seorang keluar manusia, seorang lagi keluar ular.

“Yang manusia tu ada je duduk dengan dia tapi kembar ular tu duduk alam lain. Daripada apa yang diceritakan, ular tu akan datang kat ibu dia hanya untuk menyusu saja. Tapi tu cerita moyang Puteri la,” ujarnya memulakan bicara.

Mimpi bergurau dengan ular, ada kesan gigitan... Gadis ini dakwa kembar ular emas

Kisah Puteri tular selepas dia berkongsi mengenainya menerusi TikTok.

Bercerita lanjut, Puteri berkata kisah ‘kembarnya’ pula berbeza yang mana dia mula melihat kehadiran seekor ular besar ketika mereka sekeluarga berkunjung ke Gunung Jerai, Kedah sewaktu dia berumur 2 tahun.

“Pasti ramai tertanya apa kaitan ular tu dengan Puteri. Okay masa kecil dulu, ayah Puteri ada cerita. Puteri pun tak ingat, umur dalam 2 ke 3 tahun. Masa kecil family bawa Puteri naik Gunung Jerai.

“Kami saja-saja naik atas. Masa perjalanan naik ke atas, ayah beritahu umi (ibu Puteri) bahawa Puteri nampak sesuatu. Nampak ular besar ikut kami, tapi orang lain tak nampak. Cuma Puteri yang nampak,” ujarnya lagi.

Bergurau dengan kembar

Sejak peristiwa itu, Puteri mendakwa dia sering didatangi mimpi ular, malah dia juga secara semula jadi mula meminati haiwan berbahaya itu yang biasanya digeruni ramai orang.

“Bermula di situ, Puteri selalu sangat mimpi ular emas. Lepas tu Puteri minat sangat dengan ular, tak tahu kenapa. Yang paling best, setiap kali mimpi, kadang-kadang mimpi tengah melawak dengan ular emas.

“Dia melawak, dia gigit Puteri. Bangun (tidur) tu mesti ada kesan. Masa tengah bergurau dalam mimpi, dia gigit kat lengan tapi Puteri tak anggap apa-apa la, mainan tidur saja.

“Tapi terkejut masa mandi sebab baru perasan dekat tempat dia gigit memang ada kesan. Ular kan ada dua taring. Memang ada kesan kat lengan. Tapi tak sakit pun,” cerita gadis itu.

Kelebihan yang dikurniakan Allah

Menurut Puteri lagi, dia tidak memaksa sesiapa untuk mempercayai kisah itu, malah dia sendiri pernah pergi berubat untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku atas dirinya.

“Ramai tanya tak pergi berubat ke? Tak takut ke kalau benda tu sihir ke apa… Puteri ada pergi berubat. Mereka kata memang tak ada apa-apa, cumanya mereka kata ni mungkin kelebihan Allah nak bagi kat Puteri.

Puteri juga sering bermimpi mengenai ular itu.

“Sebab selalunya kalau nak jadi something, mesti Puteri akan dapat mimpi. Contohnya ada benda buruk nak jadi dekat family, memang akan dapat dalam mimpi dulu. Dia bagi tanda-tanda dulu.

Belum tiba masa untuk jumpa

“Tapi Puteri cerita tak suruh pun percaya. Kalau nak percaya, percaya… Tak nak percaya pun tak apa. Memang dah lama, dah 18 tahun. Puteri pun ada pergi berubat dekat family sendiri belah ayah.

“Mereka kata benda tu ada wujud, cumanya Puteri tak nampak sebab dia duduk alam lain. Kecuali hijab mata terbuka baru akan nampak semua termasuk dengan dia.

“Dia tak berdamping dengan Puteri, cuma dia kembar dan kawan Puteri saja. Tapi dalam masa sama, kadang tu ada la dia protect Puteri. Ular tu memang wujud, tapi belum sampai masa lagi untuk Puteri jumpa dengan dia.

“Seriously kalau dia wujud dia cantik sangat. Warna emas, mata hijau, dia besar dan panjang. Cuma ustaz cakap kat Puteri, kalau kita nak sesuatu yang baik, kita kena jaga sembahyang, jaga hubungan dengan Allah, baik dengan orang,” ujarnya lagi.

Setakat ini, Puteri turut berkongsi beberapa video mengenai kisah kembarnya itu sehingga meraih lebih sejuta tontonan di TikTok.

BACA:

Suka hati dia tukar dengan kentang putar, lelaki dedah teknik ajar KFC

Ini tips rebus kerang agar isinya rasa fresh waktu makan

Tular klip video Polis lepas penunggang motosikal warga asing bawa besi buruk