Miliki hanya satu kaki sejak lahir, kesungguhan adik ini ke sekolah dapat pujian

Miliki hanya satu kaki sejak lahir, kesungguhan adik ini ke sekolah dapat pujian

Miliki hanya satu kaki sejak lahir, kesungguhan adik ini ke sekolah dapat pujian. Walaupun mempunyai satu kaki, budak berusia sembilan tahun itu bersemangat pergi ke kelas dengan cara berlompat-lompat dari rumah sampai ke sekolah yang jaraknya sekitar satu kilometer.

Dilahirkan dengan fizikal tidak sempurna, namun kekurangan itu tidak mematahkan semangat Raisalman bagi menuntut ilmu dan mengejar cita-citanya.

Kisah budak dari Jawa Barat itu tular di laman media sosial November lalu setelah dikongsi oleh seorang pengguna Instagram, Kristiawan Saputra yang memuat naik beberapa gambar dan video Raisalman.

Miliki hanya satu kaki sejak lahir, kesungguhan adik ini ke sekolah dapat pujian

Difahamkan, budak berkenaan mempunyai sebelah kaki sejak dari lahir dan mempunyai keluarga yang kurang berkemampuan.

Bapanya yang telah meningg4l dunia pernah bekerja sebagai buruh tani, manakala ibunya pula suri rumah sepenuh masa selain merawat salah seorang anak yang mengidap epilepsi.

Kristiawan berkata, kenalan dan pihak sekolah telah memohon bantuan buat keluarga Raisalman daripada pihak bertanggungjawab namun masih tiada maklum balas.

BACA:

Jawatan kosong di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Lahir dengan dua alat sulit, si cantik ini mahu kekal keduanya

Ini 7 fakta menarik kunjungan Sultan Brunei ke Malaysia