Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja bermula

Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja bermula

Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja bermula. Selepas enam hari Pilihan Raya Umum ke-15, tumpuan negara pagi ini terarah sekali lagi kepada Istana Negara, selepas Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan untuk mengadakan Perbincangan Khas bersama Majlis Raja-raja Melayu.

Mengikut kenyataan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, Perbincangan Khas itu bertujuan untuk Seri Paduka Baginda mendapatkan pandangan Raja-Raja Melayu bagi Baginda membuat keputusan demi kepentingan dan kesejahteraan negara dan rakyat.

Selain itu beliau berkata, ia akan bermula kira-kira jam 10.30 pagi ini, namun tidak diketahui berapa lama perbincangan itu akan berlangsung.

Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja bermula

Sementara itu, kenderaan rasmi membawa Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar pertama sekali tiba di Pintu 1 Istana Negara, iaitu pada jam 9.40 pagi.

BERITA LANJUT MENYUSUL…

BACA:

Review produk besarkan payudara & punggung, ini jawapan Puteri Balqis

TikTok padam semua posting berkait 13 Mei, elak cetus rusuhan

Penyanyi popular kantoi bercium ghairah di kelab malam