Mesir melangkah ke suku akhir pertandingan bola sepak lelaki Sukan Olimpik selepas mencatat kemenangan mengejut 2-1 ke atas Sepanyol. Dalam perlawanan yang berlangsung di Bordeaux, Ibrahim Adel menjadi wira Mesir dengan menjaringkan kedua-dua gol pasukan.
Adel membuka tirai jaringan dengan satu gol menakjubkan pada lewat babak pertama, sebelum menambah gol kedua pada minit ke-62 hasil daripada kesilapan pemain Sepanyol, Jon Pacheco yang gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya. Sepanyol berjaya merapatkan jurang menerusi gol Samu Omorodion, tetapi Mesir kekal mendahului sehingga tamat perlawanan.
Kemenangan ini membolehkan Mesir melonjak mengatasi Sepanyol dalam Kumpulan C dan layak ke peringkat suku akhir. Pasukan Mesir, yang diketuai bekas pemain tengah Arsenal, Mohamed Elneny, akan beraksi di suku akhir pada Jumaat ini di Marseille menentang naib juara Kumpulan D, yang terdiri daripada Jepun, Paraguay, Mali, dan Israel.
Untuk rekod, Mesir tumpas pada peringkat suku akhir tiga tahun lalu di tangan Brazil, yang kemudian muncul juara dengan menewaskan Sepanyol pada final. Sementara itu, Sepanyol akan menentang juara Kumpulan D di Lyon dalam pertembungan suku akhir mereka.
Baca : Kenapa restoran mewah kerap hidang makanan kuantiti sikit?