Menteri UMNO patut letak jawatan dulu bukan desak PM berundur – MIC

Menteri UMNO patut letak jawatan dulu bukan desak PM berundur – MIC

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi seharusnya meminta semua menteri parti itu meletakkan jawatan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) terlebih dahulu, berbanding mendesak Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berundur, kata Presiden MIC, SA Vigneswaran.

Vigneswaran bagaimanapun berpendapat desakan Umno keluar daripada kerajaan ketika ini tidak akan berjaya kerana didakwa semua Menteri Barisan Nasional (BN) di dalam kerajaan PN tidak bersetuju untuk melepaskan jawatan masing-masing.

Zahid ketika mengumumkan pendirian parti itu tengah malam tadi untuk menarik balik sokongan kepada Muhyiddin menyenaraikan tujuh sebab ia berbuat demikian yang kesemuanya berkaitan “kegagalan” kerajaan.

Beliau berkata, Muhyiddin gagal memuaskan garis panduan yang ditetapkannya pada 11 Mac 2020 sebagai syarat meneruskan sokongan kepada kerajaan beliau.

Sementara itu, Setiausaha Agung MCA Chong Sin Woon berkata, parti itu akan terus menyokong kerajaan PN sehingga pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Sehingga BN membuat keputusan rasmi yang baharu, MCA pada masa ini masih menyokong PN sehingga PRU akan datang, seperti mana keputusan yang dibuat oleh BN sebelum ini,” katanya ringkas kepada FMT.

COMMENTS