Menteri sahkan Zul Ariffin akan dikenakan tindakan undang-undang

Menteri sahkan Zul Ariffin akan dikenakan tindakan undang-undang. Pelakon Zul Ariffin yang terbabit dengan perkongsian video memaparkan satu adegan drama rantaian yang tular baru-baru ini, akan disiasat.

[bg_collapse view=”button-red” color=”#ffffff” expand_text=”BACA ARTIKEL PENUH” ]

Perkara itu disahkan sendiri Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, melalui Twitter pagi tadi.

“Proses undang-undang berjalan. Pelakon Zul Ariffin akan disiasat di bawah seksyen 233 Akta KMM (Akta Komunikasi dan Multimedia 1998) kerana posting (muat naik) YouTube yang menyalahi undang-undang,” demikian ciapan beliau jam 9.28 pagi tadi..

Sebelum ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menentang keras penyiaran drama yang dikaitkan dengan penyiaran video itu yang bakal ditayangkan Ramadan ini.

Menteri sahkan Zul Ariffin akan dikenakan tindakan undang-undang

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hakimah Mohd Yusoff, berkata berdasarkan penelitian pihaknya, penyiaran program seumpama itu jelas mempamerkan perbuatan dilarang Islam dengan aksi dan adegan tidak bermoral melampaui batas serta bertentangan norma masyarakat dan hukum syarak.

JAKIM menyatakan pendirian dan pandangan mengenai isu terbabit kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) supaya tindakan tegas dapat diambil segera.

Dalam pada itu, Annuar melalui ciapan sama seiring dengan pendirian dizahirkan JAKIM itu.

“Yang pasti adegan seperti yang dipapar itu tidak akan dibenarkan tayang, sama ada bulan Ramadan atau bulan yang lain. Jagalah nilai dan budaya,” katanya.

 

Tonton Juga :

Baca Lagi  :Perodua keluar SUV terbaru, pembeli Proton X50 mungkin menyesal…

Akhirnya Zul Ariffin bersuara isu ‘aksi lucah’ dalam drama TV

Ini tarikh dan jumlah bayaran pertama BKM untuk isi rumah dan bujang

[/bg_collapse]