Menjelang 2030, seramai 4.5 juta rakyat Malaysia bakal hilang kerja, sekali ini respon Kementerian Sumber Manusia

Menjelang 2030, seramai 4.5 juta rakyat Malaysia bakal hilang kerja, sekali ini respon Kementerian Sumber Manusia

Kehadiran sejumlah teknologi AI sememangnya memudahkan urusan seharian namun memberi kesan pula kepada peluang pekerjaan.

Perkara ini sudah pasti menjadi topik hangat di peringkat global.

Menjelang 2030, seramai 4.5 juta rakyat Malaysia bakal hilang kerja, sekali ini respon Kementerian Sumber Manusia

Menurut laporan terkini, terdapat potensi seramai 4.5 juta rakyat Malaysia hilang pekerjaan sekiranya mereka tidak menaik taraf kemahiran berasaskan permintaan tenaga kerja semasa menjelang tahun 2030.

Peringatan Kementerian Sumber Manusia (KSM) ini dilihat selari dengan gesaan yang pernah dikongsikan Forum Ekonomi Dunia 2020 sebelum ini. Mereka berpendapat lonjakan sokongan teknologi seperti AI berupaya mengurangkan kebergantungan sesebuah negara ke atas jumlah pekerja.

Amaran ini meliputi industri seperti pembuatan, penjagaan kesihatan dan khidmat pelanggan

. Oleh itu, terdapat saranan bahawa 50% pekerja yang tersedia perlu menjalani latihan kemahiran semula bagi memastikan petugas sedia ada kekal relevan dan boleh memenuhi tuntutan permintaan pekerjaan di masa kelak.

Bagaimanapun, KSM berkata kemunculan sokongan teknologi baharu ini masih dapat dikawal kerana terdapat fungsinya yang memudahkan dan meningkatkan kecekapan pekerja di dalam sesetengah industri. Gabungan manusia dan teknologi dilihat mampu meningkat produktiviti sesebuah operasi.

Meskipun begitu, masih terdapat keperluan buat majikan untuk meningkatkan kemahiran dan laksana latihan kemahiran semula bagi para pekerjanya. Langkah ini penting untuk memastikan pasaran pekerjaan di Malaysia terus relevan untuk semua tenaga kerja.

BACA:

“Kenapa macam air biru yang selalu jual kat pasar malam tu?”, Lauk di kafe universiti buat netizen tertanya-tanya