Mengemis selama 13 tahun, pengemis ini berjaya bina rumah dan miliki wang simpanan sebanyak 490 Juta

Mengemis selama 13 tahun, pengemis ini berjaya bina rumah dan miliki wang simpanan sebanyak 490 Juta

Mengemis selama 13 tahun, pengemis ini berjaya bina rumah dan miliki wang simpanan sebanyak 490 Juta. Seorang pengemis di Indonesia didakwa memiliki wang simpanan mencecah 490 juta rupiah (RM149,069).

Tribunnews melaporkan kisah itu tular dan menjadi bualan netizen di laman sosial selepas gambar dua buku simpanan Bank Mandiri dan Bank Sulutgo miliknya tersebar.

Pengemis berkenaan, Lutfi Haryono, 47, menetap di bandar Gorontolo.

Susulan kisah tular itu, Lufti dipanggil polis untuk memberi keterangan di Balai Polis Lurah Ipilo bandar Gorontalo 2 Jun lalu.

Jurucakap polis, Bripka Romi berkata, dalam keterangannya, Lutfi mengaku wang simpanan dalam kedua-dua bank itu adalah miliknya.

Mengemis selama 13 tahun, pengemis ini berjaya bina rumah dan miliki wang simpanan sebanyak 490 Juta

“Menurut Lutfi, dia suka memaksa penduduk untuk mendapatkan wang.

“Soal siasat dilakukan juga mendapati Lutfi sudah mengemis lebih 13 tahun, iaitu selepas berpisah dengan isterinya.

“Lutfi menggunakan wang hasil mengemis untuk keperluan peribadi seperti membina rumah,” katanya.

Menurutnya, Lutfi mengaku, wang itu bukan sepenuhnya hasil mengemis kerana pernah bekerja di sebuah kedai makan.

Lutfi juga berhasrat untuk berhenti mengemis dan akan berniaga di warung serta berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu.

BACA:

Bantuan kewangan BKPKK RM1800 yang ramai terlepas pandang, mohon segera

Trend terbaru di media sosial sebabkan remaja maut dirempuh lori

Selepas berjaya menang di mahkamah, kini peguam Johnny Depp jadi buruan Hollywood