Meerqeen dedah ada peminat dari Indonesia datang dari jauh untuk bertemu dirinya

Meerqeen dedah ada peminat dari Indonesia datang dari jauh untuk bertemu dirinya

Meerqeen dedah ada peminat dari Indonesia datang dari jauh untuk bertemu dirinya. Pelakon Meerqeen mendedahkan ada beberapa orang peminat Indonesia sanggup terbang ke Malaysia semata-mata untuk bertemu dengan dirinya.

Beliau dilaporkan berkata “Saya sangat terkejut tapi menerima kehadiran mereka dengan gembira.

Ketika itu, mereka datang ke bertemu saya dan Anna Jobling ketika kami turun padang mempromosikan drama bersiri Melur Untuk Firdaus di Karnival Jom Heboh pada Jun lalu.

“Saya gembira menyambut kehadiran peminat dari Indonesia, tapi bila difikirkan semua, rasa seram pun ada juga,” selorohnya.

Beliau juga sempat menghabiskan sedikit masa bersama mereka kerana mereka telah terbang jauh untuk bertemu saya.

Meerqeen dedah ada peminat dari Indonesia datang dari jauh untuk bertemu dirinya

“Tak sangka mereka berusaha untuk bertemu saya sampai sanggup terbang ke sini dan apa yang mereka lakukan sangat ‘sweet’.
Dalam pada itu, Meerqeen juga gembira single pertamanya, Menunggu yang dilancarkan pada tahun lalu mendapat tempat di hati peminat Indonesia.

“Syukur kerana single Menunggu meraih perhatian peminat di sana. Mungkin kerana lagu ini ada kena mengena dengan jalan cerita drama bersiri Melur Untuk Firdaus dan kena dengan citarasa pendengar di sana, jadi ia menjadi pilihan peminat Indonesia.

BACA:

Pemilik kafe dedah nampak kelibat seperti Zalina Azman

Individu hina Islam haram di solat jenazahnya – UAI

Makan mi segera dalam tren, Rapid KL tegur penuh kasih sayang