Maybank kini luluskan pinjaman perumahan hanya 10 saat sahaja

Maybank kini luluskan pinjaman perumahan hanya 10 saat sahaja

Maybank memperkenalkan Maybank Home2u pada aplikasi MAEnya iaitu penyelesaian pembiayaan perumahan maya pertama di Malaysia menerusi aplikasi perbankan bersepadu yang berupaya untuk memberikan kelulusan dalam tempoh 10 saat sebaik sahaja permohonan dilengkapkan.

Penyelesaian pembiayaan perumahan digital itu dijangkakan menyumbang lebih daripada 20 peratus kepada jumlah kelulusan pembiayaan perumahan dalam tempoh 12 bulan akan datang, kata bank itu dalam satu kenyataan.

Maybank kini luluskan pinjaman perumahan hanya 10 saat sahaja

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Perkhidmatan Kewangan Komuniti Maybank Datuk John Chong berkata, aplikasi itu adalah sebahagian daripada usaha bank untuk menangani masalah utama dalam kalangan pelanggannya, iaitu untuk mengetahui keputusan kelayakan pemilikan kediaman baharu diimpikan dengan segera dan menerima cadangan mengenai pilihan alternatif berdasarkan kemampuan kewangan mereka.

“Maybank Home2u membolehkan semakan kelayakan dilakukan serta-merta dan kelulusan diperolehi pada masa nyata tanpa melalui urusan manual.

“Ini bukan sahaja dapat memperkasakan pengalaman pelanggan yang memohon pembiayaan perumahan dengan kami, malah ia juga dapat mengembangkan kecekapan operasi kami dalam memproses permohonan pembiayaan perumahan,” katanya.

Beliau berkata, Maybank Home2u diperkenalkan pada masa yang sesuai, berikutan pemulihan penuh ekonomi sudah meningkatkan keyakinan pengguna dalam perbelanjaan.

Penyelesaian ini menawarkan kepada bakal pemilik rumah – termasuk pembeli rumah pertama dan pelabur hartanah – pengalaman maya yang menyeluruh bermula daripada urusan permohonan hingga kelulusan dan urusan menandatangani Surat Tawaran (LO), semuanya tanpa perlu mengunjungi cawangan.

Pelanggan mempunyai pilihan untuk memilih kediaman idaman daripada senarai lengkap hartanah kediaman bertanah dan bertingkat daripada pemaju perumahan terkenal seperti EcoWorld, IJM Land, Sime Darby Property dan S P Setia secara langsung dari aplikasi.

Untuk mengakses Maybank Home2u melalui aplikasi MAE, pelanggan perlu mengemas kini kepada versi terkini aplikasi MAE di Apple App Store atau Google Play Store.

Maklumat lebih lanjut mengenai aplikasi ini boleh didapati di https://www.maybank2u.com.my/home2u-mae.

Berita Lain:

Pengarah terkenal Malaysia nak buat drama mengenai Altantuya, kaitkan ‘Lady Birkin’

Keluarga ini hanya tidur atas tikar di RnR, cerita pengalaman hidup lepas Covid-19

Bentuk Yamaha 135LC generasi baru lebih moden, harga dah ‘cun’

COMMENTS

Wordpress (0)