Maya Karin jadi Mahsuri?, Pelbagai reaksi netizen kelihatan

Maya Karin jadi Mahsuri?, Pelbagai reaksi netizen kelihatan

Maya Karin jadi Mahsuri?, Pelbagai reaksi netizen kelihatan. Selepas kejayaan filem tanah air Malaysia berjudul Mat Kilau yang tidak disangka ramai, kini ada khabar angin mengatakan akan ada terbitan filem sejarah yang sememang diketahui masyarakat iaitu mengenai seorang gadis berasal dari Pulau Langkawi bernama Mahsuri.

Susulan khabar angin itu, pelakon jelita Maya Karin meluahkan hasratnya ingin mencuba memegang watak utama sebagai Mahsuri seandainya filem itu diterbitkan dan lagi seronok jika ia dibawah arahan Syamsul Yusof yang juga pengarah filem Mat Kilau.

Hasratnya itu diluahkan dalam media sosialnya, Twitter dan meminta pandangan orang ramai mengenai perkara terbabit.

Maya Karin jadi Mahsuri?, Pelbagai reaksi netizen kelihatan

Akan tetapi, netizen mempunyai pandangan yang berbeza dengan Maya Karin, dimana mereka merasakan Syamsul Yusof sama sekali tidak layak untuk mengarah filem Mahsuri.

Image

Netizen berasa gembira jika Maya memegang watak sebagai Mahsuri tetapi sememangnya menentang jika pengarah Mat Kilau terbabit mengarah filem Mahsuri di masa akan datang.

Bagaimanapun, ada juga yang mempersoalkan netizen yang tidak bersetuju Syamsul menjadi pengarah filem Mahsuri kerana mereka merasakan pengarah dan juga pelakon itu memang berkaliber untuk menghasilkan filem yang ‘meletop’.

BACA:

Kanak-kanak maut terkena sengat obor-obor di Pulau Pangkor

Pengeluaran Khas KWSP 2.0 mungkin dibenarkan, sila semak kelayakan sekarang

Selepas tak jadi beli Twitter, Elon Musk mahu beli Manchester United