Beberapa bulan yang lalu, nama Mawar Rashid menjadi sebutan ramai selepas terpalit dengan beberapa isu, seperti isu kembali free-hair dan juga berpisah dengan bekas suami, Raff Yaakob.
“saya dah cuba, tapi gagal,” mawar rashid kejutkan peminat kongsi foto tak berhijab
Kini selepas beberapa bulan, Mawar yang tampil dengan imej baharu dilihat kerap memuatnaik foto di media sosial, berkongsi rutin hariannya kepada pengikut.
mawar rashid dipuji makin cantik lepas beberapa bulan kembali solo
Menerusi Instagram, Mawar dilihat berkongsi beberapa keping foto memperagakan dress berwarna putih.
mawar rashid dipuji makin cantik lepas beberapa bulan kembali solo
Melihat kepada ruangan komen, ramai yang meninggalkan pujian dan mendakwa Mawar kelihatan semakin cantik dan berseri-seri.
Malah, ada juga yang pernah menyamakan Mawar dengan pelakon dan penyanyi, Bunga Citra Lestari.
Untuk info, Mawar dan Raf pernah mendirikan rumahtangga pada November 2017, dan dikurniakan tiga orang cahaya mata. Namun, mereka telah mengumumkan berpisah pada November lalu.
Baca:Patutlah batuk 2 bulan tanpa henti, sekali doktor cek ada benda ni dalam hidung