Mati di Australia, kebumi cara perempuan – Sajat

Mati di Australia, kebumi cara perempuan – Sajat

Mati di Australia, kebumi cara perempuan – Sajat. Meskipun sudah berhijrah ke Australia, namun masih ramai netizen masih mengikuti perkembangan Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman.

Baru-baru ini tular video di aplikasi TikTok memaparkan Sajat menjawab persoalan daripada netizen yang bertanya tentang kematiannya sama ada meninggal sebagai lelaki atau pun wanita.

“Kalau esok meninggal, meninggal sebagai lelaki ke ?” tanya netizen.

Mati di Australia, kebumi cara perempuan - Sajat

Menjawab persoalan netizen itu, Sajat berkata dia akan tidak akan dibawa ke Malaysia apabila meninggal kelak dan akan dikebumikan sebagai wanita.

“Takkan nak mati pergi hantar dekat Malaysia, memang tidak lah! Mati aku perempuan nyah, register tu, mati tu, tulis female,” tulisnya.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terkejut dengan kenyataan Sajat itu serta berharap agar usahawan itu diberikan hidayah oleh Allah.

Terdahulu, Sajat memaklumkan bahawa dia sudah menukar jantinanya kepada wanita secara sah di Australia. Sajat berkata dia merasakan seperti dilahirkan semula dan gembira kerana proses menukar status jantina di negara itu mudah dilakukan.

@hazleemohd @nursajat85 ♬ bunyi asal – @butter_cup

BACA:

Keluarga tahanan SOSMA tuntut jawapan

Putrajaya jadi tempat longgok kereta buruk, ini sebabnya

Padah belasah isteri & anak kerana tak beli rokok, lelaki dipenjara 9 tahun