Mat Salleh tunjuk bukti ‘chicken chop’ adalah makanan yang berasal dari Malaysia

Memang benar, chicken chop sering menjadi pilihan warga tempatan apabila melawat restoran bertema Barat.

Walaupun begitu, masih ramai yang tidak mengetahui asal usul makanan tersebut, walaupun ia telah menjadi hidangan popular sejak lama.

Seorang TikToker Inggeris baru-baru ini mendedahkan bahawa chicken chop sebenarnya bukanlah hidangan yang berasal dari Barat.

Melalui salah satu videonya, dia menyedari bahawa ramai rakyat Malaysia masih tidak menyedari bahawa chicken chop bukanlah hidangan Barat.

“Dalam tempoh 24 jam yang lalu, saya menyedari bahawa tidak ramai rakyat Malaysia tahu bahawa chicken chop bukanlah hidangan Barat,” ujarnya.

Mat Salleh tunjuk bukti 'chicken chop' adalah makanan yang berasal dari Malaysia

“Ia dicipta di Malaysia. Saya tidak menyalahkan rakyat Malaysia kerana menganggap ia adalah hidangan Barat.

“Ia memang kelihatan seperti hidangan Barat, dan biasanya anda tidak akan menjumpainya di bahagian dunia lain, tetapi ia sering terdapat dalam menu restoran Barat di Malaysia,” terangnya lagi.

Dia berkongsi sejarah terciptanya menu chicken chop, yang disebabkan oleh warga Cina yang berhijrah ke Malaysia dan kemudiannya ingin mencipta makanan yang sesuai dengan citarasa majikan British pada masa itu.

“Pada abad ke-19, apabila orang Cina berhijrah ke Malaysia, terutamanya dari kalangan Hainan, ramai daripada mereka bekerja di rumah-rumah British, dan mereka mula menyesuaikan masakan mereka dengan citarasa Barat,” tambahnya.

“Mereka adalah yang pertama mencipta hidangan Barat untuk orang British yang tinggal di Malaysia, dan salah satunya adalah chicken chop,” katanya.

Dia juga menyebut bahawa hidangan chicken chop di Malaysia tidak dilengkapi dengan sos yang biasa digunakan di negara Barat, yang menguatkan lagi fakta bahawa ia adalah ciptaan tempatan.

BACA: Ini amalan rahsia Tun Mahathir masih sihat di usia 100 tahun