Mat Salleh anggap ketupat makanan ‘magic’, terkejut tengok isi dalam

Benua Nusantara mempunyai pelbagai jenis makanan yang unik sehingga mengejutkan orang luar negara ketika melihat dan mencubanya sendiri.

Baru-baru ini, sebuah keluarga dari luar negara terkejut apabila melihat hidangan ketupat untuk pertama kalinya semasa menghadiri majlis jamuan Hari Raya.

Melalui video TikTok @yunileisureuk, seorang wanita dari luar negara terperanjat melihat ketupat yang dihidangkan kepada tetamu.

Dengan penuh kehairanan, dia bertanya apa yang terdapat di dalam anyaman daun palas tersebut.

Setelah diberitahu tentang isinya, seorang kanak-kanak lelaki datang membantu untuk membuka ketupat itu dengan cara yang menarik.

Mat Salleh anggap ketupat makanan 'magic', terkejut tengok isi dalam

Dia mula ‘memanaskannya’ terlebih dahulu sebelum membuka anyaman daun palas satu persatu — membuatkannya terasa seperti menyelesaikan teka-teki.

@yunileisureuk Ketika ketupat dianggap MAGIC 😅#fypシ #pageforyou #icipicipinternasional #yunileisure#ketupat#bulemakan #foodtiktok #mukbang #foodie #makananindonesia #lebaran ♬ original sound – Yunileisure

Semakin banyak daun palas yang dibuka, semakin menarik bagi wanita tersebut. Dia mencadangkan cara untuk memotong ketupat dengan lebih mudah, memberi tip kepada salah seorang kanak-kanak yang sedang menghadapi kesulitan.

Komen-komen dari netizen turut menyatakan bahawa membuka ketupat dengan ‘membelah’ mungkin lebih mudah daripada membuka anyaman daun palas.

Sementara itu, budak lelaki berjubah putih itu memberitahu seorang ‘atuk’ bahawa dia juga boleh membuka ketupat dengan menggunakan gunting.

BACA: Raih RM1.2 Juta hasil seludup PATI, 3 beradik hidup ‘miskin’ kantoi buat kerja haram