Mat Kilau 2 : Syamsul sudah bersedia, tapi…

Mat Kilau 2 : Syamsul sudah bersedia, tapi...

Mat Kilau 2 : Syamsul sudah bersedia, tapi…Filem Mat Kilαu arahan Syamsul Yusof telah mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya mengumpul jualan tiket sebanyak rm23 juta selepas seminggu ditayangkan.

Filem tersebut menjadi filem Melayu pertama yang memecah rekod panggung dengan kutipan sebanyak itu dan semakin meningkat.

Berikutan daripada respon positif daripada penggemar filem dan juga para penonton, ada yang menyuarakan kesinambungan filem tersebut.

Pendapat tersebut diterima baik oleh Syamsul selaku pengarah filem tersebut, namun memerlukan masa yang lama bagi mendapat kualiti dan penambahbaikan.

“Filem Mat Kilαu 2, setakat ini kalau dari bahagian saya semestinya akan ada. Cuma perkara ini tak boleh gopoh. Dalam berkarya ini tak boleh gopoh.

Mat Kilau 2 : Syamsul sudah bersedia, tapi...

“Kalau inginkan sesuatu yang berkualiti kena ambil masa, kajian dan sudah tentu nak tingkatkan dan tambah baik untuk selepas ini.

“Tidak kira sama ada filem Mat Kilαu atau apa saja pahlαwan dan apa jua filem sekalipun kena perbaiki daripada sebelumnya, Insya-Allah,” ujarnya.

Bercerita berkenaan pelakon sekuel Mat Kilαu dikekalkan atau tidak, Syamsul menyatakan masih terlalu awal untuk perkara tersebut.

“Bagi Mat Kilαu 2 dan pelakon masih terlalu awal untuk saya komen, nanti dulu. Masih dirαhsiakan,” tambahnya.

Untuk makluman, filem ini dibintangi oleh para pelakon yang sememangnya berbakat seperti Dato Adi Putra, Fattah Amin, Beto Kusyairy, Johan As’ari, Yayan Ruhan dan ramai lagi.

Sekadar info dan semoga bermanfaat.

BACA:

Jabatan Agama memang dah lama pantau kedai wanita tayang ‘aset’

30 restoran mamak tutup kedai kerana masalah tiada pekerja

Lagu Tiara kembali meletup, ini luahan penyanyi asal