Sebagai seorang yang menggemari makanan, sudah pasti kita akan mencuba pelbagai jenis makanan yang dijual di pasaran.
Nak-nak pula apabila makanan itu dicadangkan orang sekeliling untuk untuk dikunjungi supaya kita boleh mencuba untuk rasai keenakan makanan itu.
Namun begitu, lain pula pengalaman yang dirasai seorang wanita selepas dia membeli satu juadah di sebuah restoran
Yang mendapat pujian orang ramai atas faktor keenakan juadah yang dijualnya.
Ingatkan lemak perut, rupanya tahi lembu
Menerusi laman Facebook MASAK APA TAK JADI HARINI, seorang pengguna, Annisa Fakrulradzi berkongsi pengalamannya yang membeli sup perut lembu dan mendapati sup itu mulai busuk ketika dia memanaskannya.
Apa yang dijumpai wanita itu dalam perut lembu yang dibelinya itu pasti akan meloyakan tekak buat yang melihatnya.
Dia turut berkongsi rasa kecewanya selepas peniaga yang menjual sup perut ini mengatakan bahawa itu adalah lebihan lemak pada perut lembu tersebut selepas dihubungi wanita itu.
Netizen minta dedahkan nama kedai
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa jijik mereka selepas melihat perkongsian itu dan ada juga yang meminta agar nama kedai makan yang menjual sup ini didedahkan supaya isu ini tidak terjadi kepada orang lain.
BACA: Tak tahu malu Makcik bertekak dengan pekerja katering nak tapau lauk kenduri.