Mas Idayu bakal berkahwin 16 September ini?

Mas Idayu bakal berkahwin 16 September ini?

Mas Idayu bakal berkahwin 16 September ini? “Insya-Allah, doakan yang baik-baik buat kami dan dipermudahkan semuanya.”

Demikian kata penyanyi dangdut terkenal Mas Idayu apabila timbul desas desus mengatakan dia dan Penerbit Eksekutif TV3, Sufian Isa bakal bernikah pada 16 September depan.

Mas Idayu berkata, perkara itu bakal dikongsikan dalam masa terdekat pada sebuah acara istimewa yang dijalankan pada 21 Ogos ini.

“Insya-Allah, saya akan berkongsi berita gembira ini kepada semua tidak lama lagi. Kebetulan pada 21 Ogos ini saya akan mengadakan majlis An Exclusive With Mummy Mas Idayu, Meet & Greet dan Pelancaran Twenty Skincare.

“Lagi pula, ada beberapa perkara lagi yang perlu diselesaikan. Jadi, mohon untuk doakan segala yang dirancang ini berjalan lancar. Saya nak berterima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan dan memberikan kata-kata yang positif buat kami,” katanya

Mas Idayu bakal berkahwin 16 September ini?

Ditanya dari segi persiapan menjelang hari bahagia itu, Mas Idayu juga juri tetap program Ceria Popstar Xtra 2022 berkata semuanya hampir siap.

“Macam yang pernah saya kongsikan, soal persiapan ini tak boleh terburu-buru. Saya juga akan berkongsi mengenai berita gembira ini jika semuanya sudah siap. Untuk masa sekarang, alhamdulillah perkara dan bahagian penting sudah siap. Tinggal lagi beberapa perkara kecil seperti barang hantaran.

“Saya kalau boleh memang nak ikut cara orang dulu-dulu yang mana beli barang mengikut pilihan kita yang dirasakan sesuai dan kesukaan pasangan itu. Tidak mahu keluar bersama pergi cari barang, walaupun dia ajak saya. Jadi, kalau nak tahu apa yang saya suka dia akan bertanya kepada orang terdekat saya. Begitu juga sebaliknya,” katanya.

Terdahulu, pada April lalu Mas Idayu mendedahkan bakal berkahwin dengan Sufian Isa pada September depan.

Mas Idayu berkata, dia dan Sufian sudah saling mengenali sejak program Mentor 3 pada 2008 dan baru menjalin hubungan serius sejak beberapa bulan lalu.

 

Kemudian, pada Mei lalu Mas Idayu sudah ‘diikat’ Sufian dalam majlis menghantar tanda, di rumah keluarga Mas Idayu di Kota Tinggi, Johor.

BACA:

‘Prank’ pengsan sebab panas, reaksi guru mengejutkan ramai

7 video lucah mirip penyanyi terkenal Malaysia tersebar