Nama anak kepada Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania hangat diperkatakan di media sosial apabila dirinya didakwa sudah bernikah dengan seorang jejaka, Aslam di Thailand.
Walau bagaimanapun, sehingga kini Marissa dilihat masih lagi tidak memberi sebarang kenyataan mengenai perkara itu.
Terbaru! Menerusi IG Story, anak kepada Norman Hakim itu dilihat kekal tenang apabila dia berkongsi gambar point of view (POV) di depan alatan solek dipercayai ketika sedang bersiap untuk menjalani sesi penggambaran.
Sebelum ini kami ada melaporkan yang isteri kepada Aslam, Misya Mazlan tampil bersuara selepas beberapa hari kecoh dakwaan Marissa Dania yang bernikah dengan Aslam di Thailand.
Menerusi IG Story, Misya memuat naik satu foto menunjukkan dirinya di Mekah dengan meletakkan tulisan mengenai ujian yang menimpa dirinya ketika ini.
Misya berkata keikhlasan yang membantunya untuk tenang dan berlapang dada untuk tidak membenci sesiapa dan menerima apa yang berlaku.
Baca juga: Kenapa Israel jadikan Rafah sasaran pembunuhan beramai-ramai?