Seorang mangsa banjir dikecam gara-gara mengeluh selepas dibantu sukarelawan.
Menerusi sebuah video berdurasi satu minit yang dikongsi di TikTok, dipercayai kejadian tersebut berlaku baru-baru ini ketika banjir melanda negeri Kedah.
Pada awalnya dilihat sebuah jentera membantu mengeluarkan kenderaan lelaki tersebut yang hanyut ke dalam sungai.
Lelaki itu kemudian merakam kenderaannya yang sudah berjaya dibawa keluar dari sungai tersebut tetapi berada dalam keadaan yang rosak teruk.
“Tadi hanyut lepas itu mereka datang tolong, bukan tolong tapi datang melingkupkan.
“Bukan datang bagi senang, bagi susah lagi,” katanya.
Di ruangam komen mendapati rata-rata pengguna menyifatkan lelaki tersebut tidak berterima kasih dan tidak sepatutnya menyalahkan sukarelawan yang membantunya kerana kenderaan tersebut sememangnya sudah rosak.
“Kereta dia memang dah terbalik dalam sungai, kenapa dia rasa kereta dia akan dalam keadaan baik bila dah naik darat? Sengaja nak ‘complain’ kot,” kata Auni.
“Kalau aku jadi orang yang bantu, aku letak balik kereta dia dalam sungai tu,” kata Muiez.
“Sudahlah tak bayar, banyak bunyi pula,” kata Adam
BACA: Didakwa jadi peserta ‘Tangkap Muat’ Famili Duo 3, ini respon Ryan Bakery