Mampu fasih 4 bahasa, akak cleaner Masjid Negara curi tumpuan

Mampu fasih 4 bahasa, akak cleaner Masjid Negara curi tumpuan

Mampu fasih 4 bahasa, akak cleaner Masjid Negara curi tumpuan. “Ada aura di sini (masjid) yang tiada di tempat lain,” kata ibu lima anak, Nirmaningsih Mawi atau mesra disapa Kak Ning.

Kak Ning, 59, yang juga tukang cuci menarik perhatian netizen baru-baru ini selepas tular video di laman sosial menunjukkan kefasihannya bertutur dalam bahasa Jepun dengan delegasi negara matahari terbit itu yang datang ke Masjid Negara, baru-baru ini.

Bukan setakat itu, Kak Ning yang menetap di Batu Caves, Selangor turut mengajar delegasi terbabit cara penggunaan bahasa Melayu dengan mudah sebelum melakukan tunduk hormat mengikut budaya Jepun pada akhir perbualan.

Berkongsi kisahnya, Kak Ning berkata, dia bukan pensyarah seperti yang didakwa segelintir netizen dan sekadar insan biasa cuma pernah bekerja selama 30 tahun sebagai pemandu pelancong namun beralih menjadi tukang cuci kerana penutupan sempadan akibat pandemik Covid-19.

Mampu fasih 4 bahasa, akak cleaner Masjid Negara curi tumpuan

“Kali terakhir saya bawa pelancong ke negara ini (sebelum PKP) adalah pada 13 Mac lalu dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mengubah hidup saya.

“Empat bulan saya tidak bekerja sebelum ambil tawaran bekerja sebagai tukang cuci di sebuah syarikat.

“Saya bekerja di situ selama enam bulan sebelum beralih ke syarikat sanitasi dan kini di sini (Masjid Negara) bersama suami yang juga bekerja sebagai tukang cuci.

“Satu pengalaman baru kerana dulu, saya bawa pelancong ke masjid tetapi kini bekerja di sini pula,” katanya ketika ditemui di Perpustakaan Sheikh Iris Al-Marbawi, di sini.

Bercerita lanjut, Kak Ning berkata, peluang bekerja sebagai tukang cuci di masjid memberinya banyak pengalaman baru yang menyeronokkan.

“Di sini, saya dapat jumpa pelancong setiap hari, jumpa dan makan tengah hari dengan suami, solat dan baca al-Quran.

“Selain itu, ada banyak kelas agama seperti tadarus jadi itu yang menarik malah saya sudah anggap masjid ini seperti ‘heart of the city.

“Cuma, anak ada minta saya cari kerja lain tapi bagi bagi saya ia (tukang cuci) tetap satu pekerjaan malah beri peluang saya bersama suami,” katanya.

Mengimbas kenangan sebagai pemandu pelancong, Kak Ning berkata, dia memulakan kerjaya pada tahun 1990 bermula dengan bekerja di bawah syarikat agensi pelancongan selama empat tahun sebelum bergerak secara bebas.

Berikutan itu, Kak Ning mengambil kursus bahasa bermula dengan bahasa Inggeris pada tahun yang sama (1990), diikuti Jepun (1991-1992), Arab (2010) dan Jerman pada 2011.

Katanya, tamat kursus, dia perlu melalui ujian penilaian pula sebelum mendapat lesen bahasa daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac).

“Kiranya, saya boleh bertutur dalam lima bahasa cuma banyak berurusan dengan pelancong dari Jepun.

“Saya belajar bahasa Jepun ketika mengikuti kursus intensif Dasar Pandang Ke Timur selama enam bulan di Wisma Belia, Jalan Syed Putra, di sini selepas mendapat tajaan biasiswa daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Tamat kursus, saya bekerja sambil menjalani latihan pula di syarikat agensi pelancongan dekat Tokyo, Jepun dan di situlah saya praktikkan cara bercakap selain belajar etika kerja di sana.

“Kalau tidak ke sana, boleh jadi saya tidak boleh cakap Jepun seperti sekarang cuma pengorbanannya apabila perlu meninggalkan anak sulung yang ketika itu berumur 11 bulan,” katanya.

BACA: 

Kes duit hilang RM11,688 dari akaun Public Bank, penerima duit tampil buat penjelasan

Mahkamah dikejutkan dengan kehadiran peguam baru pula cuba wakili Najib