Mamat Khalid meninggal dunia

Mamat Khalid meninggal dunia

Seluruh industri seni tanah air berdukacita dengan berita pemergian pengarah dan pelakon terkenal Mamat Khalid yang meninggal dunia sebentar tadi.

Berita pemergian abang Mamat Khalid dikongsikan Facebook Din Dressa di mana Mamat telah dimasukkan ke Hospital Slim River.

Difahamkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Slim River kira-kira pukul 11.25 malam.

Pengarah yang cukup terkenal dengan filem Hantu Kak Limah dan drama Rombongan Cik Kiah ke Sukan Komanwel mengalami serangan jantung sebelum jatuh.

Al-Fatihah..

COMMENTS