‘Makanlah duit haram’, Neelofa bengang wajahnya diguna tanpa kebenaran

Usahawan selebriti, Noor Neelofa meluahkan rasa berang di media sosial selepas terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab

Telah menggunakan wajahnya tanpa kebenaran untuk mempromosikan produk.

Menerusi hantaran di Insta Stories, Neelofa yang memuatnaik tangkap layar iklan produk palsu itu turut menyamakan mereka dengan perangai rejim zionis.

'Makanlah duit haram', Neelofa bengang wajahnya diguna tanpa kebenaran

“Ni satu lagi sama jenis dengan Yahudi laknatullah! Perangai Zionis Israel, every penny you earn daripada guna gambar dan video, akan haram sampai bila-bila!

Tolonglah report fake scam FB account cari rezeki haram guna gambar, video orang tanpa kebenaran.”-berang Neelofa di Instagram

“Saya Tak Halal, Makanlah Duit Haram & Berbahagialah…”


Dalam pada itu, Neelofa turut menegaskan bahawa dia tidak menghalalkan pihak berkenaan yang turut meniru suaranya untuk mempromosikan produk ‘bra perubatan’ di media sosial.

“Perempuan mana yang tiru saya tu, kalau Melayu Islam lagi, memang spesis Israel laknatullah. Saya tak halal , makanlah duit haram dan berbahagialah tipu orang sana sini.”-tegas Neelofa

Selain Neelofa, penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza juga pernah menitipkan pesanan kepada penjual produk kecantikan di negara ini selepas menggunakan wajah dan videonya digunakan sebagai testimoni produk tanpa kebenaran.

Siti juga mendedahkan bahawa ada individu yang lebih berani membuka akaun laman sosial palsu untuk menyamar sebagai penyanyi tersebut untuk memperdayakan orang ramai termasuk di Indonesia.

BACA: Aku jadi bengang dengan sorang cikgu ni. masuk bilik guru je dia promote barang tah pape je , dengan murid pon dia promote main paksa je beli