Makan sushi di Restoran ini pakai tangan dianggap berdosa? Wajib guna chopstick’, Pelanggan terkedu, dilarang makan pakai tangan

Makan sushi di Restoran ini pakai tangan dianggap berdosa? Wajib guna chopstick’, Pelanggan terkedu, dilarang makan pakai tangan

Makanan ini tidak asing lagi di mata dunia. Ada yang boleh menikmatinya dan ada juga yang kurang menggemarinya.

Sushi diperbuat daripada nasi bercuka dan dibubuh inti campuran ikan, makanan laut,

Makan sushi di Restoran ini pakai tangan dianggap berdosa? Wajib guna chopstick', Pelanggan terkedu, dilarang makan pakai tangan

sayur-sayuran atau telur. Ianya boleh dimakan secara mentah, dimasak atau diperam.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan pengalaman sepasang vlogger sedang menikmati sushi di sebuah restoran berdekatan Batam, Indonesia.

Walau bagaimanapun, pengalaman itu bertukar kepada situasi yang agak memalukan kerana mereka ditegur oleh seorang staf restoran di situ.

Pada awalnya, mereka dilihat sedang enak menjamu selera tanpa menyedari rupa-rupanya ada pekerja sudah mula memerhati meja mereka seperti ada sesuatu yang tidak kena.

Tidak lama kemudian, salah seorang pelayan lelaki akhirnya datang untuk menegur perbuatan mereka yang makan menggunakan tangan.

“Maaf bang, makan sushi di sini tak boleh pakai tangan, kena pakai penyepit ikut budaya dari Jepun,” ujar pekerja itu.

@enjoybatam Jujur pertama kali dapet pengalaman gini , kalau kalian diginiin gimana ? Yuk sipaling jepang saatnya keluar dong kita edukasi bareng. #sushi #enjoybatam #japan #batam #sushijapan ♬ suara asli – 𝐄𝐍𝐉𝐎𝐘 𝐁𝐀𝐓𝐀𝐌

Agak tergamam dengan teguran berkenaan, namun pekerja tersebut menjelaskan kedai mereka memang mengetengahkan budaya Jepun.

Jadi perlu mengikut peraturan di sana, sushi itu harus dinikmati dengan penyepit yang disediakan kepada setiap pelanggan.

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih lebih 1.2 juta tontonan, 84.7 ribu tanda suka dan 8,114 komen di TikTok.

Rata-rata netizen berpendapat pelanggan yang membeli makanan di situ mempunyai hak sendiri untuk menentukan bagaimana cara untuk mereka makan kerana sudah dibayar.

Malah, ada meninggalkan komen sinis dan menyatakan seorang cef terkenal di Jepun pun makan sushi menggunakan tangan, tiada pula dia menggunakan chopstick.

Image from @enjoybatam (TikTok)

BACA:

Sejam anak melalak dalam kafe, ibu bapa tenang borak dengan member..pelanggan lain siap rakam, ulang video kuat-kuat tapi tetap tak faham