‘Makan sama, harga beza’, wanita pelik harga nasi goreng kampung tidak tetap dan mahal

'Makan sama, harga beza', wanita pelik harga nasi goreng kampung tidak tetap dan mahal

‘Makan sama, harga beza’, wanita pelik harga nasi goreng kampung tidak tetap dan mahal.Lambakan kedai makan pada zaman sekarang di setiap tempat tidak membuatkan kita bersusah payah untuk makan. Tinggal pilih sahaja kedai makan atau restoran yang korang inginkan. Langsung tidak menjadi masalah andai korang malas nak masak.

Kunjungi sahaja mana-mana kedai dan asalkan poket korang tebal dan penuh. Hal tersebut adalah kerana makanan yang dijual pada zaman kini tidaklah terlalu murah. Barangan mentah meningkat dan secara automatik makanan yang dijual juga turut meningkat.

Tidak hairan jika tahun 2022 ini orang meletakkan harga makanan yang agak tinggi berbanding dengan beberapa tahun yang lepas. Selain peningkatan bahan mentah, banyak lagi sebab lain yang menyebabkan mereka terpaksa menaikkan harga makanan.

Walaubagaimanapun, ada segelintir peniaga yang meletakkan harga makanan yang dijual pada harga yang langsung tidak masuk akal. Terlalu ingin untung sehinggakan sanggup menganiaya pelanggan dan orang ramai.

Malah terbaharu ada kisah berkenaan dengan sebua kedai yang meletakkan harga makanan yang dianggap kayangan. Bukan sahaja berharga kayangan malah bayaran bagi nasi goreng yang sama pada kedua-dua individu adalah sangat berbeza.

'Makan sama, harga beza', wanita pelik harga nasi goreng kampung tidak tetap dan mahal

Pelanggan Pelik, Makan Nasi Goreng Dalam Pinggan Plastik Tapi Harga Kayangan & Tak Tetap

Seperti mana yang dikongsikan oleh pyiencess di aplikasi TikTok berkenaan dengan kejadian yang berlaku kepadanya dan kawan-kawannya di sebuah kedai makan yang terletak di Kelantan. Menurutnya, dia mengalami kejadian yang pelik apabila harga nasi goreng yang dimakannya tidak masuk akal.

Nasi Goreng Kampung yang dipesan olehnya berharga RM8.20 manakala kawannya yang menikmati nasi goreng yang sama dikenakan caj sebanyak RM11.40. Harga yang tidak tetap itu membuatkan dia kepelikkan dan menganggap ianya harga kayangan.

Malah lebih teruk lagi, apabila makanan yang dihidangkan hanya dalam bekas plastik pakai buang sahaja. Sepatutnya, apabila dikenakan cas yang mahal pastinya pinggan atau peralatan yang digunakan juga setaraf.

BACA:

Durian ini dibeli dengan harga lebih RM1,000 sebiji, ini puncanya

Akhirnya Syamsul berjaya cari wartawan yang buat dia ‘panas’, ini yang jadi lepas tu

Berita gembira untuk bayi baru lahir, ini bantuan RM300 yang boleh dimohon

 

COMMENTS

Wordpress (2)
  • […] ‘Makan sama, harga beza’, wanita pelik harga nasi goreng kampung tidak tetap dan mahal […]

  • […] ‘Makan sama, harga beza’, wanita pelik harga nasi goreng kampung tidak tetap dan mahal […]