Mak tolong cari jodoh untuk anak, sekali yang tolong cari pula jatuh cinta

Seorang wanita berusia 55 tahun tidak pernah menyangka bahawa perancangan yang disusun untuk menjodohkan anak perempuannya

Dengan seorang jejaka berusia 36 tahun akhirnya ‘mencengkeram’ dirinya sendiri, lapor akhbar Daily Express kelmarin.

Claire Walton menceritakan bahawa pada mulanya dia berhasrat mencari pasangan yang sesuai

Mak tolong cari jodoh untuk anak, sekali yang tolong cari pula jatuh cinta

untuk anak perempuannya, Emily, kerana bosan melihat anaknya kecewa dalam urusan percintaan.

“Saya bertemu dengan seseorang yang sesuai melalui laman percintaan online dan menghubunginya. Saya memberitahu dia bahawa saya menghubunginya untuk memperkenalkannya kepada anak saya,” kata Claire.

Namun, selepas memperkenalkan Jason McAndrew kepada Emily, ternyata anaknya tidak tertarik untuk berkenalan dengan jejaka tersebut.

Situasi itu membuatkan Claire sedar dan mengakui bahawa sebenarnya dia sendiri tertarik kepada Jason.

“Sebahagian dari hati saya memberitahu saya yang saya amat menyukainya. Seringkali saya melihat gambar-gambar Jason, sehingga pada suatu hari, saya mengajaknya keluar untuk minum kopi,” ujarnya.

Pertemuan tersebut berlangsung selama empat jam, di mana kedua-dua mereka semakin mengenali satu sama lain dengan lebih mendalam.

Sejak pertemuan itu, Claire mengakui perasaannya kepada McAndrew, dan sejak itu, mereka telah menjalin hubungan selama enam tahun hingga kini.

BACA:  Tak sangka! Ini fungsi klip bawah cermin pandang belakang, bukan saja-saja rupanya