Mak baru je bercerai dengan bapa tiri, sekali anak Nikita Mirzani pula yang ambil alih posisi
Negara Konoha buat hal apa hari ini? Ish korang ni tak baik tau, ada sahaja komen macam ni kalau ia melibatkan negara jiran kita, Indonesia.
Apapun, kali ni nak kongsi sikit isu panas yang berlegar dekat Indonesia sekarang iaitu tentang pelakon sensai, Nikita Mirzani.
Untuk pengetahuan korang, Nikita baru sahaja bercerai dengan suaminya, Antonio Dedola sebulan lalu. Sekarang timbul pula dakwaan anak perempuannya, Laura Meizani ada hubungan dengan bekas bapa tiri.
Dakwaan ini mula tercetus selepas Laura muat naik gambar bersama Antonio di Instagram.
Sedar tentang dakwaan tak masuk akal itu, Laura tampil menjelaskan bahawa dirinya memang rapat dengan bapa tiri serta hanya menganggap jejaka itu sebagai bapanya saja.
Katanya lagi, meskipun ikatan perkahwinan Antonio bersama ibunya tidak berkekalan, Laura sangat gembira dengan kehadiran jejaka itu menjadi bapanya.
Sekadar info, Nikita Mirzani dan Antonio mendirikan rumah tangga pada Januari awal tahun lalu tetapi sayangnya hubungan mereka hanya berkekalan untuk jangka masa yang pendek saja.
BACA:
Tak sangka! Rupanya ramai tak tahu cara mudah tukar IC rosak, hanya call je selesai masalah