Pastinya kebanyakan ibu bapa mengamalkan makanan yang sihat di rumah dan cuba menghindari mi segera atau makanan ringan.
Tapi siapa menyangka ada penjual yang sanggup meletakkan mi segera dalam cawan untuk dijual buat pelajar sekolah.
Seorang wanita, Ain Rosli tampil mempersoal tindakan penjual tersebut yang selamba menjual mi segera yang diketahui tidak berkhasiat bahkan bagi orang dewasa.
“Pertama sekali, hantaran ini bukan hendak menutup periuk nasi peniaga kecil di hadapan sekolah.
Namun sekadar perkongsian tentang kekecewaan seorang ibu terhadap pemakanan dari luar yg tak dapat nak dielakkan.
“Harap semua pihak dapat memahami. Saya mengambil anak dari sekolah dan sangkakan anak saya beli air dalam cawan plastik, setelah memandu tak berapa jauh dari sekolah baru saya perasan anak saya menghirup meggi mengunakan garpu yang saya sangkakan straw pada mulanya.
“Saya percaya ibubapa disini juga ada yg mengamalkan sistem ‘meggi cheat day’ dirumah, dimana hanya waktu tertentu dan yang dibenarkan sahaja baru boleh dimakan,” ujarnya.
Pada masa sama dia mempersoal makanan tersebut dijual secara terbuka tanpa pemantauan ibu bapa.
“Jika didepan sekolah peniaga menjual secara terbuka, apa la gunanya pemantauan ibu bapa di rumah. Bagaimana pula jika anak membeli tanpa pengetahuan ibu bapa kerana teringin.
“Saya sangat berharap peniaga dapat membantu, memahami kami sebagai ibu bapa untuk tidak menjual maggi di depan sekolah.
“Jajan atau makanan ringan masih boleh dipertimbangkan, ini bagi memeriahkan suasana dan memberi kenangan kepada pelajar sekolah tentang keseronokkan membeli gula-gula dan sebagainya.
“Bihun goreng, mee goreng dan lain-lain tidak membawa masalah. Asal sahaja bukan maggi,” tambahnya.
Rata-rata netizen bersetuju untuk peniaga menghentikan jualan maggi kerana diketahui tidak elok untuk pelajar.
“Betullah, peniaga ni asalh boleh sahaja untung, tak kira langsung bahayanya ia di masa depan nanti, tambahan budak kecil lagi.
“Betul sangat dan faham keadaan serta hati mak bapa bila tahu anak makan maggi sedangkan dekat rumah dilarang,” antara komen netizen.