Mak aiii! Ini filem arahan P.Ramlee yang paling lama shooting ramai tak tahu

Mak aiii! Ini filem arahan P.Ramlee yang paling lama shooting ramai tak tahu.

Ibu Mertua Ku telah mengambil masa lebih kurang 5 bulan untuk menyiapkannya.

Ini disebabkan P Ramlee inginkan ‘mood’ yang tepat dan sesuai kerana mahukan filem ini sebagai antara filem masterpiece beliau.

Mak aiii! Ini filem arahan P.Ramlee yang paling lama shooting ramai tak tahu

Memang benar pun, filem ini telah menobatkan P Ramlee sebagai THE MOST VERSATILE TALENT IN ASIA di Pesta Filem Asia yang telah diadakan di Tokyo.

Anugerah ini tidak lagi dikeluarkan kerana masih belum ada sesiapa di Asia mahupun di dunia yang layak menerima nya.

Gambar di bawah menunjukkan Kassim Selamat dan Sabariah Mansor sedang turun dari beca di depan rumah Bang Ali.

Lokasi ini sepatutnya dilakukan di Penang tetapi oleh kerana kos produksi tidak mengizinkan, maka P Ramlee telah memilih sebuah sudut kampung di Singapura sebagai background kampung di Penang.

Sebuah beca dari Penang telah dibawa masuk ke Singapura khas untuk scene ini.

Sebut tentang filam klasik tempatan, pasti ramai terbayangkan lagenda, Tan Sri P, Ramlee bukan? Terlalu banyak filem beliau yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia antaranya filem Ibu Mertuaku.

Didalam filem tersebut, P Ramlee memegang watak sebagai Kassim Selamat, seorang bekas pemain muzik menjadi buta kerana terlalu bersedih sebaik mengetahui kematian isterinya, Sabariah.

Jikalau korang masih ingat, perkahwinan mereka yang tidak direstui menyebabkan emak Sabariah iaitu, Nyonya Mansoor telah menghalau kedua mereka dari rumah.

Namun sebelum menghalau mereka berdua keluar, Nyona Mansoor bagaimanapun ada memberikan wang sebanyak RM5,000 sebagai ‘bekalan’ mereka untuk meneruskan kehidupan.

Di era 60’an jumlah tersebut bukanlah satu jumlah yang kecil, sebaliknya korang membeli pelbagai benda termasuklah tanah kebun getah.

Persoalannya bagaimana Kassim Selamat & Sabariah boleh jatuh miskin hingga terpaksa menyewa rumah kolong walhal mereka sebenarnya mempunyai wang sebanyak itu?

Yang sebenarnya ada babak selepas babak tersebut yang telah dipotong untuk siaran TV kerana berkait dengan judi. Nak tahu apa yang terjadi jom tonton video di bawah :

Babak ini sebenarnya sudahpun ditonton orang ramai. Namun sewaktu pertengahan 90-an ianya telah dipotong kerana wujudnya babak lumba kuda. Jadi untuk korang yang pernah menonton babak tersebut bermakna korang dah dikategorikan ‘otai’ lah kan?

Dijengah ke ruangan komen rata-rata dilihat terkejut dengan kewujudan babak tersebut sehingga mengubah persepsi mereka tentang karakter-karakter didalam cerita berkenaan.

Namun ada yang sudah pun pernah melihat babak berkenaan khususnya mereka yang pernah menontonnya sebelum era pertengahan 90-an.

BACA:

Rupanya ada baka durian yang lagi sedap dari Musang King, harga pun terlajak murah!

Baru je pakai setahun dah berkerak! Ini cara mudah bersihkan seterika sampai berkilat macam baru keluar kedai