Majlis agama Negeri Sembilan berjaya kutip duit zakat cecah RM91.6 juta tapi mana perginya?

Bila kita membicarakan tentang zakat, tiada sebarang kemodenan di dunia ini yang dapat mengubah kewajipan mengeluarkan zakat seperti yang diwajibkan dalam rukun Islam yang keempat.

Setiap tahun, pusat kutipan zakat setiap negeri mengumumkan jumlah kutipan zakat,

Dan masih terdapat segelintir netizen yang mempertikaikan ke mana perginya duit zakat yang dikutip, yang mencapai ratusan juta ringgit.

Majlis agama Negeri Sembilan berjaya kutip duit zakat cecah RM91.6 juta tapi mana perginya?

Untuk menjawab persoalan ini, kita boleh mengambil contoh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Melalui laman web MAINS, mereka menyediakan statistik kutipan dan agihan zakat mengikut golongan penerima.

Dari Januari hingga September 2023, MAINS telah berjaya mengutip sebanyak RM91,628,582.81 daripada jenis zakat pendapatan, wang simpanan, perniagaan, dan lain-lain.

MAINS telah mengagihkan sebanyak RM125,680,105.43 kepada tujuh golongan yang layak menerimanya dalam tempoh yang sama tahun ini.

Golongan Fisabilillah menjadi golongan yang paling banyak menerima agihan zakat tahun ini di Negeri Sembilan, iaitu sebanyak RM53,858,726.93. Menurut laman web MAINS, golongan Fisabilillah merangkumi mana-mana orang atau pihak yang terlibat dalam aktiviti untuk menegak, mempertahankan, dan menyebarkan agama Islam serta kebajikannya.

Kemudian, golongan kedua yang paling banyak menerima agihan adalah golongan miskin, iaitu sebanyak RM28,577,352.44, diikuti oleh golongan fakir sebanyak RM20,580,180.60.

Untuk Amil, iaitu orang yang dilantik untuk menguruskan hal ehwal zakat, telah menerima agihan sebanyak RM11,416,066.31. Golongan Muallaf, iaitu seseorang yang baru memeluk Islam, telah menerima agihan sebanyak RM8,221,823.14.

RM2,990,196.01 telah diagih kepada golongan Gharimin, iaitu golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas diri, keluarga, dan tanggungan, atau masyarakat serta individu yang ditimpa musibah dan hutang yang dibenarkan oleh hukum syarak.

Akhir sekali adalah golongan Ibnu Sabil, iaitu orang Islam yang kehabisan belanja semasa memulakan atau dalam perjalanan yang mendatangkan manfaat serta sesuai dengan hukum syarak, sebanyak RM35,750.

Bagi zaman serba canggih ini, tidak ada alasan lagi untuk lupa membayar zakat kerana melalui Portal Pembayaran Zakat Negeri Sembilan, kita boleh membayarnya secara online. Portal ini juga membolehkan kita menyemak bayaran zakat yang telah dibuat dan menyediakan kalkulator zakat untuk mengira zakat pendapatan, perniagaan, atau emas yang perlu dibayar.

Untuk golongan yang layak menerima zakat, seperti golongan fakir atau miskin, permohonan boleh dibuat di mana-mana kaunter di setiap daerah di Negeri Sembilan seperti yang tertera dalam senarai Kaunter Zakat.

Sebagai umat Islam yang beriman, janganlah kita lalai dalam menunaikan kewajiban membayar zakat. Semuanya dapat dilakukan dengan mudah dalam zaman moden ini. Seperti yang dinyatakan dalam Surah Al-Baqarah ayat 43, “Dan dirikanlah sembahyang dan keluarkanlah zakat.” Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web MAINS.

BACA: “Aku bagi peringatan pada suami, kalau aku cek kat klinik, aku sah pregnant, aku takkan bagi mak dia pegang anak aku sampai mati!”