Majikan boleh dikenakan tindakan mahkamah jika arah pekerja buka webcam dan melanggar hak asasi

Majikan boleh dikenakan tindakan mahkamah jika arah pekerja buka webcam dan melanggar hak asasi

Majikan boleh dikenakan tindakan mahkamah jika arah pekerja buka webcam dan melanggar hak asasi.Boleh dikatakan sejak berlakunya pandemik telah menjadi satu keperluan untuk kita menggunakan webcam dalam urusan seharian.

Walaupun dikira perkara biasa bagi kita untuk berbuat sedemikian, tetapi lain pula pendapat pihak juridaksi di Belanda.

Mahkamah Belanda kini telah menetapkan bahawa mengarahkan pekerja mengaktifkan webcam sebagai satu tindakan yang melanggar hak asasi manusia. Ketetapan ini dibuat selepas seorang pekerja dari Belanda yang bekerja di Amerika Syarikat telah dipecat kerana tidak akur dengan arahan syarikat itu.

Lantas, perkerja itu dalam penfailan mahkamah di Belanda menyatakan beliau telah diarah untuk sentiasa menghidupkan webcam selama sembilan jam dalam tempoh waktu bekerja termasuklah untuk tujuan penstriman video dan berkongsi skrin.

Majikan boleh dikenakan tindakan mahkamah jika arah pekerja buka webcam dan melanggar hak asasi

Sedangkan kesemua urusan kerjanya telah dipantau menerusi komputer riba oleh syarikat itu. Ekoran itu, mahkamah Belanda dalam keputusan berkaitan kes itu menetapkan bahawa arahan untuk memastikan kamera web dihidupkan adalah bercanggah dengan penghormatan terhadap privasi pekerja.

Penjejakan menerusi kamera selama lapan jam sehari adalah tidak seimbang dan tidak dibenarkan di Belanda. Malah dalam keputusan itu juga, mahkamah Belanda mencadangkan untuk menuntut pengawasan webcam adalah pelanggaran hak asasi manusia.

Sehubungan itu, syarikat itu telah diarah oleh mahkamah negara Belanda membayar gaji pekerja, hari cuti yang tidak digunakan dan beberapa kos lain.

BACA:

Cikgu tadika talam dua muka, salah seorang mak pelajar bongkar perangai beliau

Tular gambar pemain tenis terkemuka dunia kembali langsing selepas bersalin anak sulung beliau, lihat lagi…