Mahkamah kekalkan perintah interim injuksi terhadap Ira Kazar, ini bakal berlaku

Mahkamah kekalkan perintah interim injuksi terhadap Ira Kazar, ini bakal berlaku

Mahkamah kekalkan perintah interim injuksi terhadap Ira Kazar, ini bakal berlaku.ANAK kepada pelakon Kazar iaitu Ira Kazar yang didakwa menjadi punca kepada keretakan rumah tangga pasangan selebriti Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana diperintah oleh pihak mahkamah untuk tidak memuat naik sebarang hantaran di media sosial.

Ira atau nama sebenar Faghirah Fatini Kazaruddin diperintah untuk berhenti mengeluarkan, menyebarkan dan menghantar sebarang kenyataan atau apa sahaja bentuk gangguan terhadap Puteri Sarah dalam media sosial sehinggalah perbicaraan penuh kes berkenaan.

Menurut peguam yang mewakili Puteri Sarah iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader, mahkamah juga mengekalkan perintah interim injuksi kepada Ira Kazar di mana tidak boleh mengganggu Puteri Sarah, sekiranya gagal maka ia dianggap menghina keputusan mahkamah.

Datuk Akberdin mewakili Puteri Sarah.

“Pihak defendan (Ira Kazar) sendiri sudah mengaku dan berjanji tidak akan membantah perintah interim injunksi sehingga mahkamah buat keputusan di akhir kes.

Mahkamah kekalkan perintah interim injuksi terhadap Ira Kazar, ini bakal berlaku

“Di akhir kes mahkamah kita akan kemukakan segala kerugian dan ganti rugi untuk pihak mahkamah memberikan pampasan,” katanya kepada mStar.

Akberdin yang mewakili Puteri Sarah selaku plaintif ditemui selepas pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Sivil, Rofiah Mohamad di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Isnin.

Bagaimanapun dalam prosiding yang berlangsung, Ira selaku defendan dan Puteri Sarah tidak hadir dan mahkamah kemudian menetapkan 23 Ogos depan untuk pengurusan kes seterusnya.

Sebelum ini, plaintif telah mendapatkan perintah interim injunksi dan permohonan itu telah dihantar kepada defendan pada 28 Jun lalu.

Sementara itu, peguam kedua-dua belah pihak belum lagi memberi kata putus untuk menyelesaikan perkara ini secara baik.

“Sekiranya ada inisiatif (selesai cara baik) kita tengok dulu… kita bukan arrogant (ego) jadi asalkan tawaran itu logikal kita akan pertimbangkan selepas mendapat arahan anak guam (Puteri Sarah),” kata peguam itu lagi.

Selain Akberdin, peguam plaintif yang turut hadir dalam pengurusan kes itu ialah Siti Natasha Basheer Hassan.

Sementara itu, peguam Ammar Ghalip yang mewakili Ira Kazar ketika dihubungi turut mengesahkan pihaknya perlu memasukkan pembelaan dalam tempoh sebulan sebelum atau pada 4 Ogos ini.

“Saya sudah memasukkan dan menyerahkan kehadiran kepada plaintif dan mahkamah mengesahkan defendan (anak guam) telah melantik peguam dan kehadiran dimasukkan pada Jumaat lalu,” kata Ammar.

Menerusi kenyataan Puteri Sarah di mStar, tindakan saman ini dibuat di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana merasakan ia jalan terbaik untuk menyelesaikan semua kemelut selepas empat tahun menyimpan perasaan.

Pergolakan rumah tangga pasangan selebriti itu berlarutan sejak empat tahun lalu dan Puteri Sarah pernah mengatakan tidak lagi tinggal sebumbung dengan suaminya gara-gara gangguan orang ketiga.

Pelakon wanita itu juga mendakwa individu terbabit melakukan gangguan berkenaan dengan bersembunyi di sebalik puluhan akaun media sosial palsu.

“INI HUKUMAN BAKAL DIKENAKAN” TERHADAP IRA KAZAR SEKIRA DIDAPATI GANGGU PUTERI SARAH.

Umum sedia maklum mengenai gangguan orang ketiga dalam rumah tangga Puteri Sarah suaminya, Syamsul Yusof sehingga pelakon itu terpaksa mengambil tindakan undang-undang.

Berhubung k0nflik tersebut, seorang peguam syarie bernama Nurul Atikah tertarik bagi mengulas lanjut dengan memberikan pandangan dan fakta serta hukuman menanti si pelaku.

Menerusi satu perkongsian di laman Instagram, Nurul Atikah menegaskan bahawa menganggu rumah tangga seseorang adalah satu kesaIahan jenayah sehingga boleh berdepan hukuman penjara.

“Gangguan dari pihak ketiga adalah di bawah bidang kuasa pendakwa kerana ianya merupakan satu kesalahan JENAYAH syariah. Ya! Mengganggu rumahtangga orang lain adalah satu JENAYAH ya,” tulisnya.

Nurul Atikah berkata, tindakan ‘menggangu’ itu mungkin dianggap puas bagi si pelaku tetapi terdapat undang-undang yang sedia ada khusus untuk golongan ‘kakl sond0l’.

“Nampak seronok ganggu rumahtangga orang, seronok jadi skandal, seronok main-mainkan isteri teman lelaki yang merupakan suami orang…

Tapi kalau disabitkan kesalahan gangguan dari pihak ketiga boleh dikenakan hukuman PENJARA atau DENDA atau SEBATAN atau mana-mana kombinasi hukuman,” katanya.

Malah, dia turut mempersoalkan sekiranya berbal0i menjadi orang ketiga kerana perbuatan itu hanya menjejaskan rekod kehidupan apatah lagi memiliki sejarah dimasukkan ke dalam penjara.

“Bayangkan dimasukkan penjara hanya kerana sebab menganggu rumahtangga orang?! Berbaloi ke? Habis reputasi ada rek0d dipenjarakan.

“Mahkamah Syariah sekarang dah makin ke hadapan, jangan merendah-rendahkan mahkamah syariah. Dulu orang selalu kata, hukuman kat mahkamah syariah denda sahaja, bawa je duit nanti,” ujarnya.

Terdahulu, pelakon berusia 37 tahun itu nekad memfailkan tindakan di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap wanita dikenali sebagai Ira Kazar yang didakwa menganggu rumah tangganya.

BACA:

2 orang menteri umum letak jawatan

Daging korban tak boleh disimpan lebih 3 hari? Ini penjelasannya

Cuaca panas melanda negara, ini yang perlu anda tahu