Madammu Sah Hamil Lepas 7 tahun dihina “MANDUL” ini reaksi suaminya

Madammu Sah Hamil Lepas 7 tahun dihina “MANDUL” ini reaksi suaminya

Madammu Sah Hamil Lepas 7 tahun dihina “MANDUL” ini reaksi suaminya. Pernah menunda rawatan kesuburan IVF gara-gara takut sebelum ini, perjalanan Madammu untuk mendapatkan anak bukan satu proses yang mudah. Sejak 7 tahun mendirikan rumah tangga, dia hidup bahagia menyayangi anak-anak tirinya persis zuriat kandung sendiri.

Mendepani dugaan dengan tenang, dahulu ada juga mulut-mulut jahat yang pernah menggelar usahawan ini sebagai mandul. Namun Madammu atau nama sebenarnya, Eriyca Baiduri langsung tidak melatah malahan sangat terbuka berkongsikan perjalanan IVF.

Ini termasuklah pendedahan mengenai prosedur membuang tiub fallopian dipercayai gara-gara tersumbat. Sabar menanti dan tidak mengalah, nampaknya Allah mendengar doa dan nikmat yang sudah lama dinantikan suami isteri tersebut.

Madammu Sah Hamil Lepas 7 tahun dihina “MANDUL” ini reaksi suaminya

Sebentar tadi, wanita berusia 32 tahun ini merasai detik paling bahagia kerana kini rahimnya sudah dihuni oleh seorang malaikat kecil. Berita gembira mengenai kehamilannya disambut dengan air mata sebak suami di sisi sambil membunyikan loceng di pusat rawatan berkenaan sebagai tanda kegembiraan.

@eriyca.baiduri Alhamdulillah selepas 7 tahun penantian #ivf #ladyofnoirmalaysia #noir #5weekspregnant ♬ Takkan Terganti – Maulana Ardiansyah

Isteri Pernah Dihina Mandul, Suami Menangis Madammu Sah Hamil Lepas 7 Tahun

Menerusi ruangan komen, ribuan netizen tidak berhenti mengucapkan tahniah selain berharap semoga kandungan itu membesar dengan baik sehinggalah lahir nanti. Tidak ketinggalan, golongan TTC turut berdoa dengan harapan mereka boleh merasai detik bahagia sebegitu satu hari nanti.

BACA LAGI:

Aksi seram budak sekolah seberang sungai guna gabus, kalau terbalik gabus tu

Murid sekolah di Kelantan nyaris diculik

Jep respon “Bini jangan buat main” ditengah padang, ini puncanya