Macam ni ke perangai influencer? Hingga bahayakan nyawa orang lain…

Macam ni ke perangai influencer? Hingga bahayakan nyawa orang lain… Siapa sahaja yang tidak kenal dengan influencer tempatan Aisar Khaled, yang sering terpalit dengan pelbagai kontroversi. Konten yang dihasilkan oleh Aisar Khaled selalu mengundang reaksi negatif daripada netizen.

Rakam video tengah jalan raya?

Baru-baru ini, menerusi rakaman video TikTok yang dikongsikan melalui seorang pengguna, Aisar Khaled dapat dilihat berpura-pura jatuh di tengah jalan raya untuk menghasilkan konten eksperimen sosial.

Tindakan Aisar Khaled dikecam oleh netizen kerana bukan sahaja membahayakan nyawa diri sendiri akan tetapi nyawa pemandu kenderaan di jalan raya tersebut.

Netizen stress dan malu

Macam ni ke perangai influencer? Hingga bahayakan nyawa orang lain...

Rata-rata netizen meluahkan perasaan malu dan stress melihat perlakuan Aisar Khaled yang sanggup melakukan perkara yang membahayakan demi konten di ruangan komen video tersebut. Ramai netizen juga bersepakat agar Aisar Khaled dikenakan tindakan oleh PDRM dan video TikTok tersebut boleh dijadikan sebagai bukti.

Demi konten, Aisar Khaled sanggup melakukan perkara yang diluar jangkaan menyebabkan netizen sentiasa memberikan respon yang negatif kepada dirinya. Aisar Khaled merupakan influencer dan Youtuber yang sering dilanda kontroversi melalui kontennya seperti video solat di tengah jalan raya dan merakam video di kubur arwah Siti Sarah.

@maderbell93 Siapa sdh nama dia ne? helo pulis helooo pulis ada btl tgh jalan #aisarkhaleed #fyp #fypシ #viral #viraltiktok #fypシ゚viral ♬ original sound – Vince Caluag

BACA:

Parking kereta tengah jalan kemudian main phone, tindakan wanita ini undang kecaman

Teknik basuh kain lap dan tuala dapur agar putih berseri, kotoran degil hilang

Bella kena air panas termos, mahkamah diberitahu